Siakap Keli
Kredit: Bernama

Tawaran Istimewa Wasiat Dhuyuf Ar-Rahman, Galak Urus Wasiat Sebelum Tunaikan Haji

Shah Alam, 18 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan promosi harga istimewa sebanyak RM200 bagi Penulisan Wasiat untuk sempena Bulan Haji.

Tawaran istimewa ini dibuka khas kepada bakal-bakal haji untuk mempersiapkan diri menyediakan satu bentuk pesanan pembahagian harta sebelum bermusafir menunaikan ibadah haji. Selain daripada itu orang awam juga boleh menikmati kadar diskaun penulisan wasiat ini yang telah pun bermula pada 6 Mei ini sehingga 25 Jun 2023.

Promosi ini meliputi Pelantikan Wasi dan Penyediaan Wasiat Lengkap.

Melalui penyediaan wasiat ini, pewasiat secara tidak langsung akan dapat melaksanakan kebajikan yang diinginkan dan dapat membantu melunaskan hutang-piutang. Selain itu, permohonan wasiat ini juga dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dalam keluarga termasuk dapat mengelakkan harta pusaka menjadi beku.

Melalui tawaran ini juga, MAIS akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris.

Permohonan wasiat boleh dibuat secara online menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau mengimbas kod respon pantas seperti yang tertera.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai tawaran promosi ini boleh juga melayari laman web MAIS iaitu https://www.mais.gov.my atau media sosial MAIS iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor, Instagram iaitu mais_officialhq.

MAIS adalah badan berautoriti agama Islam dalam negeri Selangor untuk merancang dan membahagi harta anda melalui Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor 2003 iaitu, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah”.

Amira

Love yourself.