Siakap Keli
Aplikasi M2U MY & MAE Masih Tidak Dapat Digunakan
Kredit: Maybank

Aplikasi Maybank M2U MY, MAE Masih Tergendala & Tidak Boleh Diguna

Aplikasi Maybank M2U MY, MAE Masih Tergendala & Tidak Boleh Diguna

Malayan Banking Sdn.Bhd. (Maybank) memaklumkan aplikasi M2u MY dan MAE masih tidak boleh digunakan buat masa ini.

Menurut akaun Twitter rasmi Maybank (@MyMaybank), pihaknya memaklumkan bahawa kedua-dua aplikasi atas taliannya masih dalam proses selenggaraan.

Pengumuman tersebut dibuat pada pukul 9.35 pagi, iaitu selepas daripada jangkaan masa yang dinyatakan dalam notis selenggaraan Maybank sebelum ini.

Sebagai langkah alternatif, Maybank menyeru pengguna aplikasi M2U MY dan MAE untuk melakukan transaksi menerusi laman web Maybank2U seperti biasa.

Pada akhir kenyataannya, institusi perbankan tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihaknya turut berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berkerja untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.”

Maybank memberi notis berkenaan penyelenggaran sistem Maybank selama dua hari sebelum ini

Sebelum ini, Maybank telah mengeluarkan notis berkenaan penyelenggaraan sistem Maybank pada Sabtu (20 Mei 2023) dan (Ahad, 21 Mei 2023).

Notis berkenaan telah dikeluarkan pada tanggal 17 Mei 2023, beberapa hari sebelum penyelenggaran sistem dijalankan.

“Untuk makluman anda, kami akan melaksanakan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 dan Ahad, 21 Mei 2023.”

Dalam pengumuman tersebut, beberapa perkhidmatan yang ditawarkan Maybank tidak dapat digunakan oleh para pelanggan.

Operasi penyelenggaraan ini bakal mengambil masa selama tujuh (7) jam, bermula dari 12.00 tengah malam sehingga 7.00 pagi.

“Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 jam 12.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan pada hari Ahad, 21 Mei 2023 jam 12:00 pagi sehingga 07:00 pagi.”

Sehubungan itu, pihak tersebut meminta maaf dan meminta para pelanggan untuk memberikan kerjasama dengan baik dalam perkara ini.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama anda dalam perkara ini.”

Bagi para pelanggan Maybank yang memiliki pertanyaan, anda boleh ajukan soalan anda menerusi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank pada talian 1-300-88-6688.

Jika anda berada di luar negara, anda boleh menghubungi nombor +603-7844 3696 untuk maklumat lanjut.

BACA: Kemalangan Di Lorong Tengah Cetus Kesesakan Di Kota Damansara – Bukit Lanjan

Sumber: Maybank via Twitter, Maybank

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma