Siakap Keli
sofa terbang ribut
Gambar: Video Viral

Dah Macam Layang-layang, Viral Sofa Rumah Terbang Dibawa Angin Ribut Kuat Sangat

Dah Macam Layang-layang, Viral Sofa Rumah Terbang Dibawa Angin Ribut Kuat Sangat

Sebuah video memaparkan insiden angin kencang yang menyebabkan sebuah sofa diterbangkan dari sebuah bangunan tinggi dan kemudian, terhempas di sebuah rumah yang berada di bawahnya.

Rakaman video menakjubkan yang menunjukkan sebuah sofa ‘ terbang ‘ dari bangunan tinggi dengan 21 tingkat di Ankara, Turkiye dipercayai pada 17 Mei lepas.

Klip luar biasa tersebut telah dirakam oleh seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan bangunan tersebut.

Dalam video tersebut, ia memaparkan sofa tersebut berpusing dan bergerak seperti dalam rakaman slow motion, sehingga perabot itu terhempas pada sebuah rumah.

Pada awalnya, perakam video tersebut ingin merakam keadaan cuaca tersebut daripada tingkap rumah mereka yang terletak berdekatan dengan bangunan tersebut.

Semasa merakam, sebuah objek ketika terkeluar daripada bangunan terbabit dan disangkakan sebagai sebuah pesawat pada awalnya.

Sofa terbang gara-gara ribut kuat sangat

Objek aneh tersebut kelihatan seperti berhenti seketika ketika berada di ruang lingkup udara sebelum ia mulai berpusing.

Perakam video terbabit menyedari bahawa itu adalah satu benda yang aneh. Maka, dia membuat keputusan untuk membesarkan paparan tersebut bagi melihat objek misteri tersebut dengan lebih jelas.

Rupanya objek tersebut merupakan sebuah sofa dan menyebabkan sesiapa yang melihat kejadian tersebut terkesima dan keliru.

Kemudian, sofa misteri itu terhempas ke bumi dan memecahkan tingkap rumah yang terletak bersebelahan dengan rumah perakam video terbabit.

Ribut di Turkiye cetus kerosakan pada infrastruktur bangunan

Menurut Daily Mail, video tersebut menjadi tular ketika Turkiye dilanda ribut kuat dan kelajuan angin direkodkan mencecah 80km.

Keadaan cuaca ekstrem itu telah mencetuskan huru-hara di seluruh negara dan meninggalkan kesan kerosakan ketara pada bangunan.

Susulan cuaca ekstrem itu, bumbung sebuah pusat beli belah juga dilaporkan tercabut dan diterbangkan ribut dahsyat berkenaan.

Selain itu, ribut tersebut turut dilaporkan telah memusnahkan satu menara masjid di kawasan terbabit.

Sungguhpun begitu, persoalan mengenai bagaimana sofa tersebut boleh berlegaran di ruang udara masih tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak.

”Hujan lebat telah bermula di Ankara. Semua pasuka-pasukan yang terlibat telah dikerahkan untuk berjaga-jaga bersama 1,221 buah kenderaan dan 2,565 kakitangan. Mereka sentiasa berkerja keras bagi menangani kesan negatif daripada cuaca ini,” kata Datuk Bandar Ankara, Mansur Yavas.

Pejabat gabenor di Ankara berkata, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan berlaku di beberapa daerah di Ankara.

Mereka turut memberi amaran kepada orang ramai bahawa insiden banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa.

BACA: Diterbangkan Ribut, Keadaan Rumah Flat Viral Dinding ‘Tercabut’ Semalam

Sumber: Daily Mail

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma