Siakap Keli
ribut kuat dinding flat terbang
Kredit: TikTok

Diterbangkan Ribut, Keadaan Rumah Flat Viral Dinding ‘Tercabut’ Semalam

Diterbangkan Ribut, Keadaan Rumah Flat Viral Dinding ‘Tercabut’ Semalam

Semalam, Kuala Lumpur dikejutkan dengan insiden ribut dahsyat yang melanda beberapa kawasan ibu kota pada waktu malam.

Antara yang menjadi tular adalah berita sebuah dinding daripada salah satu unit rumah di Flat Loke Yew dilaporkan ‘terbang’ akibat insiden ribut kuat itu.

Beberapa keping gambar dan video yang merakam keadaan rumah berkenaan turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial.

@kyroll12

#ributkl #pembersihan #mohonselamatsemuanya

♬ Thunder Sound – Tmsoft’s White Noise Sleep Sounds

@fendywassupp

Setapak kl angin ribut…seram rumah tinggi2 #hujan #ribut #malaysiatiktok #kualalumpur #hujanribut #setapak

♬ original sound – Fendy – Fendy

@iskandar_greenwood

#sahabatbosskay #sahabatAA #TeamAyahAli #Fyp #Ribut

♬ original sound – ABG IS KEL – ABG IS KEL

Kejadian ribut itu telah meyukarkan pergerakan orang ramai dan kebanyakan terkandas di dalam bangunan, khususnya bagi individu yang berjalan kaki.

Viral dinding rumah flat tercabut kerana angin kuat

Dalam sebuah video TikTok yang dimuatnaik pengguna (@awc_brothers), akaun itu berkongsi keadaan rumah itu selepas dinding dilaporkan tercabut.

Keseluruhan dinding tersebut sudah tidak lagi kelihatan dan penduduk rumah dapat melihat suasana luar rumah tanpa sebarang perlindungan dan halangan.

Orang ramai dari bahagian luar rumah flat juga mampu melihat bahagian dalam rumah terbabit secara keseluruhannya.

Dari sudut pandang berbeza, seorang pengguna TikTok (@kazmi.my) telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan serpihan dinding rumah terbabit selepas diterbangkan.

@kazmi.my

RIBUT DI KUALA LUMPUR – Flat Loke YewDinding tercabut #hujanribut2023 #bencanaalam #kualalumpur2023

♬ original sound – Azmi Bekam & Reflexology JB

Beberapa unit rumah dilaporkan turut terkesan susulan kejadian ribut malam tadi

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya telah menutup kawasan runtuhan dinding berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Dinding sementara telah dipasang di rumah terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi laporan Astro Awani.

Selain itu, kejadian ribut itu juga turut menyebabkan beberapa bumbung blok tercabut melibatkan empat buah rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor.

Bagi menangani masalah ini, pihaknya telah bertindak segera dengan menutup kawasan tapak sisa runtuhan bumbung tersebut.

“Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di bumbung unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih bumbung dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Penghuni yang terlibat dalam insiden ini telah berpindah ke rumah saudara-mara di kawasan berhampiran.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini, lapor DBKL.

BACA: Kemalangan Di Lorong Tengah Cetus Kesesakan Di Kota Damansara – Bukit Lanjan

Sumber: TikTok Orang Ramai, Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma