Siakap Keli
meninggal dunia atas pentas
Kredit Instagram via terangmedia

Majlis Sambutan Bertukar Tragedi, Ketua Kampung Meninggal Dunia Atas Pentas Ketika Sedang Asyik Menyanyi

Majlis Sambutan Bertukar Tragedi, Ketua Kampung Meninggal Dunia Atas Pentas Ketika Sedang Asyik Menyanyi

Seorang ketua kampung di Kabupaten Jember, Jawa Timur, Indonesia rebah secara tiba-tiba ketika sedang asyik bernyanyi di atas pentas sebelum dilaporkan meninggal dunia, lapor KompasTV.

Insiden itu dilaporkan menimpa Mulyono seorang ketua kampung di Ambulu Jember, ketika sedang menyanyi bersama penyanyi di atas pentas, Ahad lalu.

Ketua Polis Sektor Ambulu (Kapolesek) AKP Suhartanto mengesahkan kematian ketua kampung berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu dilaporkan berlaku pada malam Ahad yang lalu.

“Itu terjadi malam Ahad,” katanya kepada Kompas.com melalui telefon, Isnin 22 Mei.

Tambah Suhartanto, ketika itu Mulyono sedang menghadiri aktiviti menyambut salah seorang penduduk kampungnya yang mengikuti uji bakat penyanyi dangdut di sebuah stesen televisyen.

Walaupun wakil daripada penduduk kampungnya telah tersingkir dalam pertandingan dan pulang ke Jamber, kedatangannya pada malam itu tetap dialu-alukan untuk memberi semangat. Pada waktu itu, Mulyono juga dikatakan turut menyanyi.

“Ketua kampung mengambil bahagian dalam aktiviti itu iaitu dengan turut menyanyi bersama penyanyi yang mengisi aktiviti itu,” kata Suhartanto.

Ketua kampung itu mempunyai jadual yang padat pada hari kejadian tersebut

Tambahnya, sebelum menyertai majlis sambutan penyanyi itu, Mulyono mempunyai jadual yang agak padat.

Mulyono dikatakan telah menghadiri kegiatan Muspika (mesyuarat pemimpin kecamatan), kemudian mengunjungi rumah saudaranya di Banyuwangi.

Beliau kemudiannya terus turut serta mengalu-alukan penduduk yang tersingkir dalam uji bakat pertandingan dangdut tersebut.

“Kemungkinan ketua kampung itu keletihan, apabila diajak menyanyi, dia terus jatuh dan meninggal dunia pagi tadi,” kata Suhartanto.

Detik rebah Mulyono dirakam dalam video yang kemudiannya telah tersebar luas di media sosial.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pengantin lelaki menghadiahkan pasangannya sekeping tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin di media sosial Indonesia.

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @orangdalamkamu di Twitter miliknya. Pengguna itu juga mendedahkan bahawa pasangan pengantin itu merupakan saudaranya.

Majlis pernikahan kedua pasangan yang tular itu akhirnya menjadi bualan hangat pengguna media sosial di Indonesia kerana keunikan tersebut.

Menerusi perkongsian muat naik itu, kedua pasangan dilihat kemas dan cantik memakai pakaian tradisional berwarna putih semasa majlis yang penuh adat tersebut.

Sumber: Kompas.com, terangmedia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka