Siakap Keli
Katak dalam mi udon
Kredit Twitter

Jumpa Katak Dalam Mi, Restoran Mi Udon Terkenal Di Jepun Mohon Maaf

Jumpa Katak Dalam Mi, Restoran Mi Udon Terkenal Di Jepun Mohon Maaf

Rangkaian restoran Udon Marugame Seimen mengumumkan penggantungan sementara beberapa produk mereka selepas seekor katak ditemui dalam salah satu mi cawan milik pelanggannya.

Memetik The Mainichi, penggantungan itu dibuat pada 23 Mei selepas seekor katak ditemui di dalam salah satu produk syarikat tersebut. Penemuan itu juga telah tersebar luas di media sosial.

Pengendali restoran itu, Toridoll Holdings Corp, memohon maaf atas kejadian malang tersebut.

“Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan yang mendapat produk itu dan kami dengan rendah hati memohon maaf atas kekacauan yang menimpa pelanggan kami,” kata pengendali itu kepada Mainichi Shimbun.

Syarikat itu berkata bahawa katak itu ditemui dalam produk bawa pulang “Pirikara tantan salah udon” yang dijual oleh cawangan Isahaya Marugame Seimen di Nagasaki.

Selepas menerima laporan daripada pelanggan pada 21 Mei lalu, syarikat itu kemudiannya telah mendapatkan semua produk tersebut dan melaporkan kejadian berkenaan kepada sebuah pusat kesihatan awam.

Penggantungan penjualan produk sehingga 25 Mei

Oleh yang demikian, syarikat tersebut telah menggantung penjualan produk terbabit serta mi “Sesame sauce salad udon” sehingga 25 Mei sebagai langkah berjaga-jaga.

Syarikat itu berkata ia akan menjalankan pemeriksaan di semua kilang pembekalnya yang mengendalikan sayur-sayuran mentah. Mereka juga akan mengetatkan lagi sistem pemeriksaannya sendiri.

Sebelum pegumuman itu dibuat, seorang pengguna yang dipercayai pelanggan telah menyiarkan imej dan video katak di Twitter. Video itu menunjukkan katak tersebut berada di bawah cawan produk berkenaan.

Pengguna itu menciap, “Saya makan makanan selepas menggoncangnya, dan tidak menyedarinya.”

Produk itu merupakan produk terbaru keluaran syarikat “Marugame Shake Udon”. Ia terdiri daripada satu hidangan udon, stok sup istimewa dan bahan-bahan yang diletakkan dalam bekas jernih dan tinggi.

Mi dan kuah boleh dicampur dengan menggoncang bekas sebanyak 20 kali sambil memegang penutupnya dengan kuat.

BACA: Apa Maksud β€˜kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Menurut Marugame Seimen, produk terbaru itu telah menerima komen positif daripada pelanggan dan mereka menyatakan bahawa produk itu mudah dibawa.

Produk itu telah mendapat sambutan hebat dengan kira-kira 210,000 cawan terjual dalam tempoh tiga hari sejak pelancarannya pada 16 Mei lalu.

Sumber: The Mainichi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.