Siakap Keli
Tips simpan petai tahan lama
Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

“Rasa Seperti Baru Dikupas,” Lelaki Kongsi Tips Simpan Petai Supaya Tahan Lama Dan Kekal Segar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Rasa Seperti Baru Dikupas,” Lelaki Kongsi Tips Simpan Petai Supaya Tahan Lama Dan Kekal Segar

Makan tanpa hidangan sampingan seperti ulam pastinya tidak lengkap bagi mereka yang menggemarkan masakan kampung atau tradisional.

Ulam seperti pucuk ubi, ulam raja, pegaga, jering dan petai sering menjadi pilihan para penggemar ulam di negara kita.

Selain dimakan sebagai hidangan sampingan, kelebihan ulam yang banyak khasiat juga antara sebab utama kenapa ia menjadi pilihan ramai.

Namun bagi mereka yang menggemari ulam seperti petai, ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah ia juga sedap dimasak sebagai sambal. Terutamanya masak sambal ikan bilis dan sambal udang.

Jika mahu masak masakan berasas sambal seperti itu, petai mestilah berada dalam keadaan yang segar.

Oleh yang demikian, perkongsian tips pada hari ini akan berkongsikan berkenaan satu tips cara simpan petai supaya tahan lama dan segar seperti baru dikupas.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook yang bernama Mohd Syafiq Ahmad Khasasi.

Menurut perkongsian Syafiq atau dikenali sebagai Cikgu Kebun, dia menyifatkan dirinya sebagai ‘hantu petai’ kerana sangat menggemarkan ulam itu.

Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Dikatakan setiap bulan sebanyak dua atau tiga kali hidangan menu berasaskan petai akan menjadi pilihannya bersama keluarga.

Disebabkan petai menjadi kegemaran keluarga, dia telah mengambil inisiatif untuk menyimpan petai tersebut supaya tahan lebih lama dan segar.

Ikut langkah dibawah untuk simpan petai tahan lama

Menurut Cikgu Kebun, cara pertama yang dia lakukan adalah dengan membalut petai yang baru dibeli atau dipetik dengan surat khabar lalu masukkan dalam plastik hitam.

Petai yang sudah disimpan dalam plastik tadi kemudiannya diletakkan dalam bilik air atau tempat sejuk.

Langkah seterusnya adalah kupas petai tadi satu persatu. Pastikan potong mata petai tersebut pada dua bahagian supaya jika ada ulat atau rosak boleh dibuang.

Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Selepas dikupas, pastikan buang selaput putih yang ada pada biji petai. Kalau tidak dibuang nanti petai akan cepat rosak.

Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Selesai membuang kulit petai, hasil yang dapat tadi kemudian dimasukkan ke dalam plastik kecil. Untuk lebih senang, bahagikan setiap plastik untuk sekali masak.

Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Langkah seterusnya adalah ikat plastik menggunakan getah belacan dan letak dalam peti sejuk di bahagian beku. Nanti petai akan membeku dan akan bertahan lama walaupun sudah sebulan berlalu.

Kredit Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Apabila tiba waktu untuk makan atau masak, rendamkan dahulu petai yang beku tadi dalam mangkuk berisi air untuk seketika.

Basuh dan cuci petai kemudian ia sudah siap untuk dimasak mengikut menu kesukaan anda.

Bagaimana dengan perkongsian kali ini, ada yang dah pernah cuba ke?

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Diharapkan perkongsian pada hari ini akan memberi manfaat kepada penggemar petai di luar sana yang menginginkan petai yang segar.

Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad