Siakap Keli
jenis tayar haus
Gambar: Continental Tires Middle East

Rupanya Ada Beza, Ini Jenis-Jenis Tayar Haus & Puncanya

Rupanya Ada Beza, Ini Jenis-Jenis Tayar Haus & Puncanya

Tayar merupakan satu komponen penting dalam menggerakkan sesuatu rangka. Sebut sahaja tayar, ia sinonim dengan kenderaan yang bergerak di atas jalan raya.

Seperti yang diketahui, semua kenderaan menggunakan tayar untuk bergerak seperti motosikal, kereta, lori, kapal terbang bahkan kereta sorong menggunakan satu tayar.

Selain itu, tayar juga berfungsi untuk mengawal dan memastikan cengkaman roda sewaktu pemanduan agar lebih selamat di atas jalan raya

Penggunaan tayar dalam tempoh yang lama memerlukan ia ditukar jika “bunganya” semakin menipis. Jika tidak ditukar, tayar yang haus meningkatkan risiko berlakunya kemalangan.

Hal ini kerana bunga tayar yang telah haus menyebabkan getahnya tidak dapat mencengkam jalan dengan baik lebih-lebih lagi ketika hari hujan.

Namun, pernahkah anda terfikir, kenapa tayar hanya haus pada beberapa bahagian berbeza? Adakah ia berkait rapat dengan masalah yang dialami oleh kenderaan anda?

Oleh itu, penting bagi anda untuk mengetahui jenis-jenis tayar haus. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @sendotaiping di bawah.

Jenis-Jenis Tayar Haus

Kebiasaannya, keadaan tayar haus bergantung kepada cara pemanduan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat tayar haus secara abnormal. Perkara ini berkemungkinan berpunca daripada masalah kenderaan anda sendiri.

Berikut merupakan jenis-jenis tayar haus;

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Haus Bahagian Tengah

Sekiranya tayar kereta anda haus pada bahagian tengah terlebih dahulu. Ia disebabkan oleh terlebih tekanan angin pada tayar.

Haus Pada Kedua-dua Sisi Tayar

Selain itu, jika tayar anda mengalami haus pada bahagian sisi kiri dan kanan. Ia bermakna selama ini, tayar yang digunakan kekurangan angin.

Tayar Haus Sebelah Sahaja

jenis tayar botak

Seterusnya, tayar kereta yang mengalami haus pada sebelah sahaja berkemungkinan akibat rim bengkok atau struktur tayar telah rosak.

Tayar Hanya Haus Sebelah Kiri Atau Kanan 

jenis tayar botak

Jika anda menyedari tayar kenderaan haus pada bahagian sisi kiri atau kanan. Kereta anda berkemungkinan mengalami masalah bearing tayar atau absorber rosak.

@sendotaiping

Jenis-jenis Tayar Haus yang harus diketahui. #sendotyreandautocare #caritayarcarisendo #carmaintenance #safetyfirst #tyres

♬ Nirvana – Official Sound Studio

BACA JUGA: Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Sumber: TikTok @sendotaiping 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?