Sonny Bill Williams Nyaris Maut Dihempap Barbel Ketika Bersenam
Sonny Bill Williams dilaporkan terselamat selepas hampir dihempap barbel di dalam gimnasium di rumahnya, lapor Daily Mail.
Bekas bintang NRL itu menceritakan bahawa ‘pengalaman hampir membunuh’ itu berlaku pada Rabu.
Williams mendedahkan bahawa kejadian berlaku ketika dia sedang mengangkat barbel seberat 120kg. Selepas dia cuba meletakkan barbel tersebut, pemegang bar tidak berjaya memegang peralatan tersebut lalu nyaris menghempap kepalanya.

Insiden itu telah dirakam sepenuhnya dalam video dan menunjukkan detik yang menakutkan itu. Set barbel itu hampir terkena kepala dan leher Williams sementara dia menjauhkan diri.
Williams menyifatkan kejadian itu sebagai ‘pengalaman hampir mengorbankan nyawanya’ di media sosial.

“Saya bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana hari tersebut anak saya tidak berada di garaj. Jika anda melakukan aktiviti itu di rumah dan ingin menambah berat badan, saya cadangkan anda beli sangkar,” katanya.
Lelaki berusia 37 tahun itu adalah seorang Muslim yang taat dan kerap menggunakan media sosial untuk menyatakan kepercayaannya.
Near death experience on 3! 1…2…… 🥹😅 pic.twitter.com/O8LTOfR12K
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) May 23, 2023
Williams puji adab kanak-kanak Malaysia
Terdahulu, Williams memuji adab kanak-kanak Malaysia ketika berjumpa dengannya di kota suci Mekah.
Ketika berada di bandar suci itu, Sonny Bill Williams didatangi sebuah keluarga Malaysia yang berkemungkinan penyokong beliau.
Oleh sebab itu, keluarga yang memiliki tiga orang anak lelaki itu ingin mengambil foto bersamanya.
Perkara tersebut mungkin merupakan satu kebiasaan buat atlet profesional yang dikenali ramai serta memiliki ramai penyokong.
Namun, apa yang berlaku selepas itu menyebabkan Williams terkesima dan tersentuh.
“Semua kanak-kanak lelaki (dalam keluarga tersebut) berjabat tangan dengan saya sambil menatap mata saya, membongkokkan kepala dan menyentuh bahagian belakang tangan saya dengan dahi mereka,” katanya.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Dalam konteks rakyat Malaysia, perbuatan tersebut dilakukan apabila orang yang lebih muda ingin berjabat tangan dengan orang yang lebih berusia.
Signifikan perbuatan ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat terhadap mereka.
Dalam ciapan tersebut, Williams memuji tindakan kanak-kanak tersebut dalam menghormati dan menyanjungi nilai kekeluargaan yang dimiliki mereka.
Sumber: Daily Mail