Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Gelagat Biawak ‘Ziarah’ Blok Kediaman, Siap Tunggu Depan Pintu
Biawak merupakan seekor reptilia yang sering ditemui oleh orang ramai. Kebiasaannya, ia sering kelihatan di kawasan longgakan sampah dan saluran air atau semak-samun.
Kadangkala kehadiran haiwan ini tidak disangka-sangka kerana ia berkeliaran atau “sesat” di kediaman manusia.
Baru-baru ini tular satu rakaman berdurasi 20 saat oleh pengguna di Facebook memaparkan kelibat seekor biawak berkeliaran di sebuah blok kediaman dipercayai di Singapura.
Sambut “Gorgon” Depan Pintu
Menariknya, haiwan itu seperti ‘tetamu’ kerana menunggu di hadapan pintu sebuah rumah. Tindak tanduk haiwan berkenaan membuatkan pengguna media sosial terhibur.

Bukan sahaja itu, haiwan tersebut dipercayai ‘bijak’ menggunakan tangga untuk ke aras lain.
Sementara itu, menurut portal Mothership, kejadian tersebut sempat dirakam oleh penduduk di 428 Bedok North Road sewaktu pelawat tak diundang itu berlegar-legar pada waktu pagi.
Biawak ‘Ziarah’ Blok Kediaman Hingga Tingkat Tiga
Difahamkan, biawak yang berukuran kira-kira 1.5 meter panjang itu merayau-rayau dari tingkat bawah sehingga beberapa aras lain. Sehingga jam 11.30 pagi, haiwan tersebut dikesan berada di tingkat tiga blok HDB.
Kecoh Satu Blok Dibuatnya
Menurut pemilik video yang juga penduduk di blok berkenaan, dia turut memaklumkan kepada jiran-jirannya yang lain mengenai kehadiran haiwan tersebut.
Situasi bertukar kecoh berikutan kehadiran biawak itu sehinggakan ada yang menjerit dan menggunakan penyapu untuk menghalaunya pergi dari situ.
Dia kemudiannya telah melaporkan kepada National Parks Board (NParks) berhubung kehadiran haiwan itu. Tidak lama kemudian, beberapa anggota tiba di lokasi berkenaan bagi membuat penangkapan.
Menurut NParks, haiwan berkenaan kerap ditemui di Singapura. Reptilia ini kebiasaannya memakan pelbagai jenis makanan seperti serangga, ketam, ikan dan ular.
Difahamkan, reptilia berkenaan sememangnya terkenal dengan bisa pada air liurnya. Namun, kesan terhadap manusia lebih ringan, maklum pihak itu.
Walau bagaimanapun, pihak NParks menasihatkan agar individu yang dijangkiti haiwan tersebut segera mendapatkan rawatan kerana bimbang boleh membawa kepada risiko jangkitan kuman.
“Mereka biasanya mengelakkan diri daripada bertemu dengan orang ramai. Ia juga tidak akan menyerang sekiranya tidak diusik,” maklumnya.
Sumber: Mohthership.sg, Haikel Firdaus, Jiten Khemlani via 8world.news