Siakap Keli
ayam goreng liat sejuk
Kredit: TikTok

Hanya Tambah Cuka, Tips Ayam Goreng Jadi Tak Liat Walau Dah Sejuk

Hanya Tambah Cuka, Tips Ayam Goreng Jadi Tak Liat Walau Dah Sejuk

Ayam goreng adalah salah satu juadah yang digemari rakyat Malaysia dan senang disediakan oleh sesiapa sahaja. Oleh sebab itu, ia merupakan makanan yang lazim yang dijual di kedai makan ketika waktu makan tengah hari.

Selain daripada disukai ramai, ayam goreng merupakan hidangan yang agak fleksibel. Ayam goreng boleh ‘gel’ dengan mudah bersama makanan yang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga yang suka menjamah ayam goreng begitu sahaja kerana rasanya yang lazat sudah cukup untuk menggembirakan hati kita.

Walau bagaimanapun, ayam goreng ini juga memiliki misterinya tersendiri. Semasa kita menjamahnya ketika ia masih panas, isi ayam tersebut sangat lembut dan berjus. Namun begitu, jika ayam goreng dibiar sejuk, rasanya dan kekenyalan isi ayam sudah berbeza. Biasanya, isi ayam menjadi keras dan lebih liat.

Fenomena ‘ayam liat masa lepas sejuk’ ini lagi ketara dilihat bagi ayam goreng berempah.

Perasan kan, jika kita membeli nasi lemak ayam berempah pada waktu pagi dan dimakan pada waktu tengah hari, ayam tersebut menjadi liat.

Bukan setakat tidak dapat dipotong dengan menggunakan sudu garpu, hendak menggigitnya pun payah.

Tips elak ayam goreng jadi liat bila sejuk

Bagi mengelakkan ayam goreng anda menjadi liat ketika sejuk, seorang pengguna TikTok berkongsi satu tips berguna untuk kita semua.

Pengguna TikTok Julyana (@julyanapakarpes) mendedahkan satu bahan rahsia untuk memastikan ayam goreng kita kekal juicy.

Pertama sekali, perapkan ayam mentah seperti biasa dengan menggunakan bahan masakan seperti garam dan kunyit.

Seterusnya, kita akan menggunakan bahan rahsia yang mampu menjadikan ayam goreng kita kekal lembut, walaupun selepas sejuk.

Masukkan cuka masakan sebanyak dua sudu makan bagi seekor ayam dan perap ayam tersebut selama 15 sehingga 30 minit sebelum digoreng.

ayam goreng liat masa sejuk
Kredit: TikTok

Selepas diperap, anda boleh mengoreng ayam tadi seperti biasa iaitu dengan kaedah gorengan dalam minyak panas.

Hasil akhirnya, ayam goreng anda akan kekal lembut dan juicy walaupun telah lama sejuk. Mudah je kan.

Tips ini juga dapat menyelamatkan baki ayam yang ada daripada dibuat begitu sahaja. Orang tua dan kanak-kanak pun lebih mudah untuk menikmati ayam goreng yang sudah sejuk nanti.

Boleh ganti dengan bahan asidik lain

Selain cuka masakan, anda juga boleh menggantikan bahan rahsia ini dengan bahan-bahan lain yang bersifat asidik seperti lemon, limau dan yogurt.

Menariknya, bahan-bahan ini tidak akan meninggalkan rasa masam keterlaluan pada ayam goreng.

@julyanapakarpes

Siapa selalu goreng ayam jadi keras bila dah sejuk? Tips ini untuk korang. Jangan save video ini sebelum hilang. #tipsmasakan #tipsmasakanviral #tipsmasakan101 #tipsdidapur #tipsdapur #tipsgorengayam #tipsayamgorenglembut #tipsayamgorengjuicy #tipsmasakayam #masakayamsimple #ayamgoreng #CapCut

♬ original sound – Julyana | Masak & Makan – Julyana | Pakar Pes Masakan

BACA: Tips Nak Buat Daun Bawang Beku Jadi Berderai, Senang Nak Guna Semula

Sumber: @julyanapakarpes via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma