Siakap Keli
wanita 95 tahun pistol perenjat elektrik
Kredit: AFP

Nenek 95 Tahun Meninggal Dunia, Seminggu Selepas Ditembak Dengan Pistol Perenjat Elektrik

Nenek 95 Tahun Meninggal Dunia, Seminggu Selepas Ditembak Dengan Pistol Perenjat Elektrik

Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun meninggal dunia harini, seminggu selepas ditembak dengan menggunakan pistol perenjat elektrik oleh seorang pegawai polis di Australia.

Menurut laporan AFP, mangsa Clare Nowland berada dalam keadaan yang kritikal di hospital sejak 17 Mei lalu.

Kes tersebut telah mengejutkan Australia serta banyak agensi berita di seluruh membuat liputan mengenainya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Clare Nowland yang berusia 95 tahun disahkan meninggal dunia di bandar Cooma,” tulis pihak polis New South Wales dalam satu kenyataan.

Mendiang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital ketika berada di samping ahli keluarganya. Pada usia lanjutnya, Nowland mempunyai kira-kira 24 cucu dan 31 cicit, kata pihak polis.

Anggota polis yang terlibat digantung dari tugasan dan bakal dihadapkan di mahkamah

Beberapa jam sebelum mendiang meninggal dunia, seorang pegawai polis berusia 33 tahun yang terlibat dalam insiden tersebut akan didakwa atas beberapa pertuduhan.

Difahamkan, pegawai tersebut telah digantung tugas dan bakal dihadapkan ke mahkamah pada 5 Julai akan datang.

Pesuruhjaya Polis, Karen Webb berkata keluarga Nowland telah dimaklumkan berkenaan tindakan yang diambil pihaknya terhadap pegawai polis tersebut.

Beliau turut berterima kasih pada pasukan penyiasat kerana bertindak pantas menyiasat insiden yang tidak diingini ini.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, pihak polis telah diarahkan untuk ke sebuah rumah jagaan warga emas, Yallambee Lodge yang terletak di selatan New South Wales.

Dedah rakaman nenek 95 tahun maut ditembak pistol perenjat elektrik

Hal ini selepas seorang staf memaklumkan bahawa seorang wanita bersenjatakan pisau hadir ke premis terbabit.

Pihak polis berkata, pihaknya telah menggesa Nowland untuk meletakkan pisau stik sebelum mendiang bergerak ke arah mereka secara perlahan-lahan.

Ketika itu, salah seorang pegawai telah mengacukan senjata perenjat elektrik terhadap wanita tersebut sehingga mencetuskan keadaan yang kritikal.

Insiden tersebut turut dibangkitkan dan menjadi perdebatan di sidang parlimen New South Wales. Ahli dewan sepakat mendesak agar rakaman kamera badan anggota polis bertugas ketika kejadian didedahkan.

Sungguhpun begitu, pihak polis tidak merancang untuk mendedahkan rakaman berkenaan.

BACA: Jokowi Tolak Naik Heli, Nak Tinjau Sendiri Jalan Rosak Guna Kereta

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma