Siakap Keli
tangan kudung live
Kredit AsiaOne

“Influencer” Parah, Tangan Kudung Ditetak Lelaki Bersenjata Ketika “Live”

“Influencer” Parah, Tangan Kudung Ditetak Lelaki Bersenjata Ketika “Live”

Seorang pempengaruh di China dilaporkan kudung selepas dia dan rakannya diserang oleh lelaki bersenjatakan parang ketika sedang bersiaran langsung pada Selasa lalu.

Memetik Asianone, video kejadian yang berlaku di Xiamen, Fujian itu memaparkan pempengaruh tersebut sedang bercakap dengan penonton di sebuah kafe luar kampus.

Mereka kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki bersenjatakan parang lalu menyerang mereka dari belakang secara tiba-tiba.

Kedua-dua mereka terkejut dan cuba melarikan diri daripada lelaki itu sambil dia terus mengamuk tidak tentu arah. Orang ramai yang lalu lalang turut menjerit ketakutan apabila menyedari apa yang berlaku di hadapan mereka.

Dalam sebuah klip, penyerang itu dilihat mengejar pempengaruh dan rakannya ketika mereka cuba berlari melintasi perkarangan.

Seorang netizen yang mendakwa sebagai rakan suspek berkata, sebelah tangan mangsa telah tercedera ketika dia cuba melindungi diri daripada serangan itu.

Tangan mangsa didakwa telah terputus

Sekeping gambar memaparkan tangan terputus yang didakwa milik mangsa telah muncul bertebaran di media sosial. Muat naik hantaran itu meminta agar hukuman berat dikenakan kepada penyerang tersebut.

Sementara itu, Polis Xiamen pada Rabu lalu telah mengesahkan kejadian itu. Mereka juga mengatakan bahawa pegawai dan ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berkenaan pergaduhan.

Siasatan awal mendapati susperk yang bernama Luo telah bertengkar dengan pasangan itu mengenai Douyin sebelum kejadian serangan itu berlaku.

Suspek menetak mangsa di tangan dan belakang menggunakan pisau sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa telah dibawa ke hospital dan menerima rawatan kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Kes itu kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, seorang penstriman langsung China ditemui mati di apartmennya selepas meneguk alkohol selepas kerugian dalam pertarungan dengan rakan sebanyanya.

Penstriman langsung bernama Wang kali terakhir muncul dalam video pada malam sebelum kematiannya, di mana dia dilihat meneguk empat botol baiju.

Baiju adalah merupakan minuman keras China tidak berwarna dengan kandungan alkohol antara 35 hingga 60 peratus.

Penonton siarang langsung Wang berkata, dia dilihat minum sekurang-kurangnya tujuh botol baiju yang popular pada malam itu.

Sumber: AsianOne

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka