Siakap Keli
ayah suami tertidur konvo
Kredit: TikTok

Terhibur, Isteri Tengah “Nervous” Nak Konvo, Suami & Ayah Masuk Dewan Santai Tertidur

Terhibur, Isteri Tengah “Nervous” Nak Konvo, Suami & Ayah Masuk Dewan Santai Tertidur

Majlis konvokesyen atau graduasi merupakan salah satu detik penting dalam institusi kekeluargaan. Hari tersebut merupakan hari yang istimewa bagi meraikan kejayaan ahli keluarga kita dalam mencari ilmu demi masa depan.

Biasanya, para graduan akan memakai jubah konvokesyen dan mengenakan pakaian mengikut kod pemakaian yang ditetapkan oleh insititusi berkenaan.

Bagi pelajar wanita, ada yang siap mencari perkhidmatan solekan untuk kelihatan cantik dan bergaya pada hari tersebut.

Dalam majlis itu juga, para graduan boleh membawa sekurang-kurangnya dua orang ahli keluarga untuk duduk di dalam dewan bagi menyaksikan detik bersejarah.

Terhibur, ayah dan suami teman konvo boleh santai tertidur

Walau bagaimanapun, majlis ini biasanya akan berlangsung dalam jangka masa yang agak lama. Berdasarkan pemerhatian, ada kalanya tempoh majlis konvokesyen boleh mencapai kira-kira lima hingga enam jam, bergantung pada jumlah graduan dan pengisian majlis.

Tempoh masa yang agak lama ini sudah semestinya akan membuatkan para tetamu merasa mengantuk ketika berada di dalam majlis.

Etika dan protokol majlis yang ketat juga telah membataskan pergerakan tetamu daripada bergerak terlalu kerap demi menghormati aturcara majlis.

Lebih-lebih lagi, jika para tetamu itu baru sahaja tiba ke lokasi majlis setelah menempuh perjalanan yang agak jauh sebelum ini.

Berkemungkinan rasa penat dan letih masih tersisa pada anggota badan. Namun demi keluarga yang tercinta, kudrat masih dikuatkan demi meraikan kejayaan ahli keluarga yang disayangi.

Dalam satu video di TikTok yang memaparkan ahli keluarga yang ‘khusyuk’ ketika majlis graduasi.

Menurut pengguna TikTok Fatin Zulkifli (@najeehahzulkifli), gelagat bapa dan suami yang sudah terlentok di kerusi hadirin berjaya dirakam pihak penganjur dan disiarkan menerusi skrin besar secara langsung.

“Dan penyokong terbaik jatuh kepada suami dan bapa saya,” tulisan dalam video tersebut.

@najeehahzulkifli

TERBAIKKKK LAH BABAH N AYAH! 🤣🤣🤣 #uitmdihatiku #suamiistri #momsoftiktok

♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Difahamkan, Fatin merupakan seorang graduan bagi Ijazah Sarjana (Master), maka tidak hairanlah mengapa bapa dan suaminya sampai terlena ketika berada dalam majlis tersebut.

Secara kebiasaan, pihak universiti akan mendahulukan graduan pada peringkat akademik yang lain terlebih dahulu.

Graduan pascasiswah seperti penerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) akan mengambil skrol selepas sesi penyerahan skrol bagi Diploma dan Ijazah.

“Terbaiklah Babah n Ayah!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

BACA: Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Sumber: @najeehahzulkifli via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma