Siakap Keli
wanita bertapa 500 hari gua
Kredit: AFP

Wanita ‘Bertapa’ 500 Hari Dalam Gua, Tak Berhubung Dengan Manusia & Matahari

Wanita ‘Bertapa’ 500 Hari Dalam Gua, Tak Berhubung Dengan Manusia & Matahari

Kisah terperangkap di dalam gua biasanya satu pengalaman yang menakutkan, tetapi persepsi yang dimiliki oleh seorang wanita Sepanyol ini berbeza.

Beatriz Flamini memilih untuk ‘berkurung’ dalam sebuah gua bawah tanah selama 500 hari, tanpa ditemani mana-mana manusia mahupun cahaya matahari.

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana ia merupakan sebahagian daripada eksperimen saintifiknya. Beliau telah memulakan ‘cabaran’ tersebut pada usia 48 tahun dan berakhir pada usianya 50 tahun.

Ketika keluar daripada gua tersebut, wanita Sepanyol itu menggambarkan perjalanan 500 hari di gua itu sebagai salah satu pengalaman yang menarik dalam hidupnya.

“Sejujurnya, saya tidak mahu keluar,” tambahnya.

Ketika Flamini ditanya berkenaan bagaimana cara untuk kekal tenang di dalam gua, beliau memaklumkan berusaha sehabis baik untuk menjaga keselematan diri sepanjang berada di dalam gua.

Semasa keluar dari gua tersebut, beliau telah disambut oleh sekumpulan kecil manusia yang terdiri daripada, doktor, saintis, wartawan dan penyokongnya.

Wanita bertapa 500 hari dalam gua

Flamini ketika ditemuramah mengakui terkejut ketika beliau dimaklumkan bahawa tempoh untuk dia tinggal di dalam gua sudahpun tamat.

“Saya sedang berbaring di dalam gua ketika orang diluar cuba berhubung dengan saya. Mulanya saya menyangka ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

”Saya kata ‘Sudah habis? Tak mungkin. Saya belum menyiapkan buku saya’,” katanya.

Bercakap berkenaan buku, Flamini memberitahu berjaya menghabiskan bacaan kira-kira 60 buah buku ketika berada di bawah tanah.

Selain membaca buku, beliau turut menghabiskan masa dengan menulis, melukis dan mengait topi kecil. Selain itu, beliau turut  mendokumentasikan pengalamannya dengan menggunakan dua kamera GoPro.

Walaupun Flamini ditinggalkan bersendirian di dalam gua, beliau telah dipantau oleh sekumpulan saintis yang menyediakan makanan dan mengutip sampah tanpa berhubungan dengannya.

Beliau juga ada berkomunikasi dengan para saintis namun pada tahap yang paling minimum. Flamini juga menggesa kumpulan tersebut untuk tidak berkongsi sebarang maklumat dunia luar dengannya, termasuk jika ada ahli keluarganya meninggal dunia.

Projek ‘Timecave’ bertujuan untuk melihat pencanggahan antara persepsi masa yang dimiliki manusia dengan peredaran masa yang sebenar.

Flamini difahamkan terlibat  dalam satu projek yang dinamakan sebagai “Timecave‘. Menurut NPR, Flamini menganggarkan dia hanya berada di dalam gua itu selama 170 hari sahaja.

Difahamkan, Flamini kehilangan jejak pengiraan hari semasa berada di dalam gua pada dua bulan pertamanya. Perkara ini membuktikan bahawa terdapat percanggahan antara persepsi Flamini terhadap masa dengan peredaran masa yang sebenar.

Doktor dan saintis kini ingin mengkaji kesan pengalaman tersebut terhadap kesihatannya. NPR turut melaporkan, beberapa universiti telah menyatakan minat untuk mengkaji kesan pada irama Circadiannya dan persepsinya terhadap peredaran masa.

BACA: Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Sumber: Futurism

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.