Siakap Keli
Cara cuci slime
Gambar: TikTok @natasianurwitas

Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak

Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak

Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah liat, namun seiring perubahan zaman, pelbagai mainan kanak-kanak dikeluarkan untuk menarik perhatian.

Antaranya, kereta kawalan jauh, belon, mesin dan pelbagai permainan lain yang telah upgrade. Jadi tidak hairan sekiranya banyak permainan dahulu semakin kurang kelihatan.

Sejak beberapa tahun ini, permainan “Slime” semakin popular dalam kalangan kanak-kanak. Dengan warna yang pelbagai, tidak dinafikan ia sememangnya menarik perhatian mereka.

Tak ubah seperti tanah liat versi moden, ia seperti cecair yang boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk untuk kanak-kanak bebas bermain.

Walau bagaimanapun, ketika bermain permainan ini, sifat mereka adalah cenderung untuk lap tangan pada pakaian. Perkara ini membuatkan slime tersebut melekat pada pakaian dan susah untuk ditanggalkan walaupun setelah dicuci.

Tambahan lagi, ia seperti gam setelah melekat pada baju atau seluar. Bahkan ada juga ibu bapa yang mengambil jalan membuang pakaian anak-anak mereka sekiranya terkena mainan ini.

Masalah sememangnya tidak dapat dielakkan terutamanya bagi si manja kerana mereka berada di fasa pembelajaran. Sebagai ibu bapa, pastinya membuatkan mereka bingung bagaimana untuk mencuci pakaian anak-anak.

Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan tips bagaimana untuk menghilangkan slime yang melekat pada pakaian kanak-kanak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Tiktok @natasianurwitas yang penuh manfaat di bawah.

Gambar: TikTok @natasianurwitas

BACA JUGA: Susah Nak Hilang, Ini Lima Tips Cuci Dakwat Pen Pada Baju

Cara Cuci Slime Lekat Pada Pakaian Anak-Anak

Gambar: TikTok @natasianurwitas

Bahan-Bahan

Antara bahan yang diperlukan untuk mencuci slime hanya air panas dan cuka.

Langkah-Langkah

Yang pertama, sediakan bekas kecil. Tuangkan air panas dan cuka ke dalam bekas tersebut.

Cara Cuci slime lekat Pakaian
Gambar: TikTok @natasianurwitas

Kemudian, rendamkan bahagian pakaian yang terkena slime. Biarkan ia  direndam selama 10 hingga 15 minit.

Cara Cuci slime lekat Pakaian
Gambar: TikTok @natasianurwitas

Setelah selesai, cuci pakaian seperti biasa dan jemur.

Mudah je kan? Selamat Mencuba!

@natasianurwitas

Tips mudah membersihkan slime yg menempel di pakaian 👌🏼 #membersihkanmainan #slime #slimetips #mainslime #montessori #sensoryplayideas #parentips #tipsparenting

♬ Tung Kitang Kitung x Aurel Hermansyah x Dede Omat – dedeomat

Sumber: TikTok @natasianurwitas

BACA JUGA: Betul Ke Air & Makanan Panas Boleh Rosakkan Peti Sejuk? Ini Jawapan Abang ‘Pomen’

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?