Siakap Keli
di maria teruja argentina indonesia
Kredit: AFP

Angel Di Maria Teruja Argentina Lawan Indonesia, Siap ‘Update’ Di InstaStory

Angel Di Maria Teruja Argentina Lawan Indonesia, Siap ‘Update’ Di InstaStory

Pemain veteran pasukan kebangsaan Argentina, Angel Di Maria berasa teruja selepas mengetahui namanya tersenarai dalam Jelajah Asia 2023 menentang Indonesia pada Jun depan, lapor CNN Indonesia.

Keterujaan dirinya yang bakal diturunkan ke Jakarta untuk bertemu dengan ‘Gergasi Asia Tenggara’ dalam siri Jelajah Asia 2023 itu dikongsikan di ruangan InstaStory Instagram peribadinya.

Beliau meluahkan reaksi itu selepas melihat pengumuman senarai skuad yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di laman Instagram.

Di Maria adalah antara nama pemain terkenal yang dibawa oleh jurulatih Lionel Scaloni dalam perlawanan persahabatan menentang Australia dan Indonesia.

Bekas pemain Benfica, Real Madrid, Manchester United dan Paris Saint-Germain itu kelihatan bersemangat dengan pengumuman senarai pasukan yang dimuat naik di media sosial AFA.

Di ruangan komen, Di Maria meninggalkan dua emosi iaitu hati berwarna merah dan muka bermata merah berbentuk hati.

Tidak lama kemudian, komen Di Maria mendapat sambutan meriah daripada warga maya dan menariknya kira-kira 350 orang daripadanya adalah warga Indonesia.

Akibat terlalu gembira, Di Maria memuat naik hantaran itu di InstaStory (Igs) miliknya dengan menambahkan emosi hati dan bola sepak.

Difahamkan, pemain Juventus itu telah meninggalkan komen yang banyak pada hantaran sama, yang memaparkan 27 nama pemain pada siri persahabatan itu nanti.

Pemain berusia 35 tahun itu juga memuat naik semula Igs isterinya, Jorgelina Cardoso yang menunjukkan gambar barisan pemain Argentina untuk perlawanan tersebut.

Selain Lionel Messi, Di Maria merupakan pemain Argentina yang cukup terkenal di Indonesia.

Bersama Messi dan Nicolas Otamendi, Di Maria merupakan pemain senior yang masih diberi kepercayaan untuk memakai seragam Albiceleste bersama beberapa pemain lain yang lebih muda.

Untuk rekod, Di Maria kini telah mengumpul 29 gol bersama Argentina dan turut menyumbang satu gol ketika Argentina muncul di Piala Dunia 2022.

Media Thailand ‘terkejut’ Argentina pilih Indonesia bagi perlawanan persahabatan

Sebelum ini media melaporkan sebilangan media Thailand meluahkan rasa terkejut apabila Argentina memilih Indonesia untuk perlawanan persahabatan dan menjadikannya sebagai berita utama.

AFA mengesahkan Argentina bakal menjejakkan kaki di laman Indonesia bagi perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2023 pada Jun depan.

Pasukan juara Piala Dunia 2022 itu akan menguji kehebatan dua pasukan dalam jelajah Asia semasa Hari Perlawanan Federation Internationale de Football Association (FIFA).

Sumber: CNN Indonesia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana