Siakap Keli
Kucing gemuk jatuh tingkat 6
Kredit Apiwat Toyothaka via Facebook

Panjang Umur, Kucing Gemuk Jatuh Dari Tingkat 6 Terselamat Tanpa Sebarang Kecederaan

Panjang Umur, Kucing Gemuk Jatuh Dari Tingkat 6 Terselamat Tanpa Sebarang Kecederaan

Seekor kucing gemuk yang terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium sebelum menimpa cermin sebuah kereta di Bangkok dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memetik The Thaiger, akibat kejadian itu, cermin belakang kenderaan tersebut telah mengalami kerosakan dan pecah.

Pemilik kenderaan, Apiwat Toyothaka menerusi muat naik di Facebook miliknya telah berkongsi gambar kucing yang bernama Shifu dan keadaan cermin belakang keretanya.

“Pengurus kondominium menelefon saya pada pukul 7 pagi dan memberitahu saya bahawa seekor kucing terjatuh di atas kereta saya.

“Saya keliru tentang perkara itu dan ia hanya melibatkan seekor kucing yang jatuh di atas kereta saya. Bagaimanapun, kucing itu seberat 8.5 kilogram dan telah menyebabkan kereta saya pecah. Sekarang saya sudah faham,” tulis Apiwat di Facebook miliknya.

Menerusi hantaran itu juga, beberapa keping gambar berkaitan dengan kejadian turut dilampirkan bersama. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, tiada kecederaan ditunjukkan telah terjadi kepada kucing tersebut.

Cermin belakang didapati berlubang besar

Namun cermin belakang sedan MG berwarna merah itu dilihat mengalami lubang yang besar.

Sementara itu, pengurus kondo, Orrasa berkata bahawa dia menerima laporan mengenai kucing gemuk itu pada 7.30 pagi pada hari kejadian.

Orassa kemudian bergegas untuk memeriksa dan mendapati serpihan kaca pecah bersepah di atas lantai dan kucing gemuk itu di bawah kereta tersebut.

Selepas pemeriksaan kamera keselamatan dan menyoal saksi, dia berkata kucing itu telah terjatuh dari tingkat enam ke tingkat tiga dan kemudian terjatuh ke atas kereta.

Disebabkan kondominium itu mempunyai polisi larangan berkaitan haiwan peliharaan yang ketat, pemilik kucing itu akhirnya telah dikenakan denda sebanyak 1,000 baht (RM139).

Namun begitu, pemilik kereta tersebut memberitahu media bahawa dia tidak berasa marah kepada Shifu dan pemiliknya kerana ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Apiwat turut memuat naik kemaskini terbaru berkenaan Shifu kepada pengikutnya selepas ramai yang bertanya tentang keadaan kucing tersebut.

“Shifu berada dalam keadaan baik. Dia makan, minum dan buang air seperti biasa. Tubuhnya tidak mengalami luka atau lebam kecuali kehilangan dua kukunya,” tulis Apiwat menerusi muat naik tersebut.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka