Siakap Keli
pemain terbaik hamper
Kredit Asean Football via Facebook

Pemain Terbaik Piala FA Timor Leste Terima “Hamper” Sebagai Ganjaran

Pemain Terbaik Piala FA Timor Leste Terima “Hamper” Sebagai Ganjaran

Tular di media sosial berkenaan sebuah gambar yang memaparkan hadiah diterima oleh seorang pemain terbaik piala FA di Timor Leste.

Perkongsian yang dibuat oleh akaun Facebook Asean Football itu menunjukkan pemain tersebut menerima hadiah berupa sebuah ‘hamper’.

Setelah diamati dengan lebih teliti, hadiah berupa ‘hamper’ itu hanya diisi dengan biskut dan makanan ringan sahaja.

Menerusi kapsyen muat naik gambar berkenaan, gambar itu dikatakan hadiah yang diberi kepada pemain terbaik dalam Piala FA Timor Leste pada 2020 yang lalu.

Muat naik telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial

Muat naik itu dengan pantas telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat sukan bola sepak. Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka, 2,300 komen dan 457 perkongsian oleh pengguna media sosial tersebut.

Apa yang lebih menarik ialah komen yang diberikan oleh pengguna media sosial berkenaan gambar itu adalah kebanyakannya menunjukkan reaksi positif dan kata-kata semangat.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Mereka tidak mempunyai ekonomi yang kukuh seperti kita, mereka tidak mempunyai wang sebanyak kita. Jadi, jika saya jadi dia, saya sudah sangat gembira. Bahagialah dengan apa yang kita ada,” tulis seorang pengguna.

“Tiada sebab untuk kita mentertawakannya. Mereka adakan pertandingan. Itu negara mereka. Hormatilah mereka dengan apa yang mereka lakukan,” tulis seorang lagi pengguna.

“Saya menghormati apa sahaja yang mereka dapat untuk kemenangan mereka. Ia satu penghargaan buat pemain. Tiada apa untuk diketawakan. Semoga maju ke depan Timor Leste,” tulis seorang pengguna yang memberi semangat.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya yang menakjubkan untuk Al Nassr dengan bersujud diikuti dengan aksi Siiuu kegemarannya, lapor Daily Mail.

Pemain berusia 38 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-59 ketika Al Nassr bangkit daripada ketinggalan 2-0.

Jaringan itu memberikan semangat dan harapan kejuaraan mereka dalam Liga Pro Saudi.

Sumber: Facebook via Asean Football

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.