Siakap Keli
Ronaldo bersujud al nassr
Kredit Daily Mail, Twitter

Ronaldo Bersujud, ‘Siu’ Lepas Jaringkan Gol Untuk Al Nassr

Ronaldo Bersujud, ‘Siu’ Lepas Jaringkan Gol Untuk Al Nassr

Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya yang menakjubkan untuk Al Nassr dengan bersujud diikuti dengan aksi Siiuu kegemarannya, lapor Daily Mail.

Pemain berusia 38 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-59 ketika Al Nassr bangkit daripada ketinggalan 2-0.

Jaringan itu memberikan semangat dan harapan kejuaraan mereka dalam Liga Pro Saudi.

Jika Al Nassr dalam perlawanan tersebut, maka pendahulu liga iaitu Al-Ittihad akan dinobatkan sebagai juara dengan hanya berbaki dua perlawanan pada musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Cristian Guanca berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 hasil daripada sepakan penalti selepas bola terkena tangan Luis Gustazo.

Guanca kemudiannya menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-40. Namun jaringan daripada Talisca sebelum separuh masa pertama habis mengurangkan defisit jaringan tersebut.

Pemain sayap Al Nassr, Abdulrahman Ghareeb seterusya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 apabila dia tidak diawasi sebelum meledak gol ke gawang lawan.

Pada minit ke-59 perlawanan, Ronaldo meletakkan Al Nassr di hadapan dengan bergaya, mengelecek bola melepasi dua pemain pertahanan sebelum rembatan lencong ke sudut atas gawang gol dilakukan.

Kredit Twitter

Jaringan gol itu adalah jaringan ke-14 bintang Portugal itu sejak menyertai Al Nassr selepas kejuaraan Piala Dunia yang lalu.

“Untuk ketinggalan 2-0 adalah sangat sukar, tetapi kami percaya sehingga tamat dan menjaringkan tiga gol. Jadi tahniah kepada pasukan dan penyokong yang menakjubkan hari ini,” kata bekas bintang Real Madrid itu.

Sementara itu, Al-Ittihad masih mendahului tiga mata di tangga teratas liga

Ronaldo berkata bahawa Liga Saudi perlahan-lahan bertambah baik: “Selangkah demi selangkah saya fikir liga ini akan berada dalam lima liga teratas dunia. Tetapi mereka memerlukan masa, mereka memerlukan pemain dan infrastuktur.”

Kini hanya tinggal dua perlawanan untuk setiap pasukan pada musim ini, dengan Al Nassr mengekori rapat pesaing mereka dengan perbezaan tiga mata dan gol.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Al Nassr sangat memerlukan kesilapan dilakukan oleh pasukan pendahulu sekurang-kurangnya satu daripada dua baki perlawanan mereka.

Al Nassr akan menentang Ettifaq di tempat ke-10 sebelum berdepan Al Fateh.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka