Siakap Keli
Polis China bertempur
Kredit Twitter

Penduduk Islam China Bertempur Dengan Polis, Halang Masjid Berusia Ratusan Tahun Dirobohkan

Penduduk Islam China Bertempur Dengan Polis, Halang Masjid Berusia Ratusan Tahun Dirobohkan

Pertempuran di antara Polis China dan penduduk Islam di barat daya China tercetus selepas penduduk dilaporkan cuba mempertahankan kubah masjid Najiaying yang berusia ratusan tahun daripada dirobohkan.

Memetik Times of India, ratusan pegawai telah bertempur dengan orang ramai di hadapan pagar masjid Najiaying yang menjadi tempat beribadah bagi etnik Islam Hui.

Pertempuran itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas di kawasan Yunnan dan video berkenaan kekecohan itu telah bertebaran di Twitter.

Sebuah video yang tular menunjukkan polis telah berundur dari kawasan itu sementara penunjuk perasaan berkawal di luar pagar masjid berkenaan sehingga malam.

Berpuluh-puluh pegawai polis berperisai turut dikerahkan pada Ahad sehari selepas pertempuran tersebut.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada keputusan mahkamah pada 2020 yang mendakwa bahawa pengubahsuaian terbaru masjid tersebut tidak diluluskan.

Pada Ahad, Polis daerah Tonghai telah melabelkan kejadian itu sebagai sebuah ancaman sosial dan mengarahkan peserta yang terlibat untuk menyerah diri.

Mereka yang terlibat diarahkan menyerah diri sebelum 6 Jun ini bagi mendapat peluang meringankan hukuman.

Masjid Najiaying dibina pada abad ke-13

Masjid Najiaying yang dibina pada abad ke-13 dilaporkan telah melakukan banyak perubahan seni binanya. Ia termasuk penambahan empat menara dan kubah baharu.

Pada 2019, sebahagian daripada struktur bangunan itu telah tersenarai sebagai struktur yang dilindungi kerana memiliki keunikan kesenian dan budaya.

Namun kebelakangan ini, selepas Parti Komunis menjadi pemimpin negara itu, sekatan untuk beragama telah disekat oleh pemimpin parti.

Pemimpin utama, Xi Jinping telah mengarahkan untuk kesetiaan politik rakyat terhadap komuniti yang sinisisasi.

Selain itu, pengawasan terhadap ketua agama turut dipergiatkan oleh kerajaan China.

Pada bulan ini, data rasmi penganut agama Islam, Protestan dan pengajian Katolik telah dilancarkan.

Kempen itu telah menfokuskan pada agama Islam dan Kristian kerana ia merupakan agama yang ditakuti oleh pemimpin parti sebagai pengaruh luar.

Sebuah daerah di barat laut, Xinjiang yang menjadi rumah kepada jutaan etnik kaum Uyghur Islam yang menutur bahasa Turkiye antara yang menerima kesan hebat.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Pada Isnin, ekoran daripada pergolakan itu, nasionalis telah mendesak agar tindak balas ganas perlu dilakukan.

Seorang pempengaruh Xi Wuyi di Chinese Academy yang terkenal dengan ketegasan terhadap agama menyelar tindakan itu sebagai kegiatan jenayah.

Sumber: Times of India

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka