Siakap Keli
cabut 12 batang gigi
Gambar: Khaosod

Warga Emas Dipercayai Meninggal Dunia Lepas Cabut 12 Batang Gigi

Warga Emas Dipercayai Meninggal Dunia Lepas Cabut 12 Batang Gigi

BANGKOK — Seorang lelaki warga emas di Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas 12 batang gigi didakwa dicabut di Hospital Singburi, lapor The Thaiger.

Difahamkan, lelaki berusia 64 tahun terbabit dipercayai mengalami pendarahan tidak terkawal selepas kesemua giginya dicabut.

Dakwa anak perempuan mendiang, bapanya telah pergi hospital berkenaan kerana untuk merawat penyakit hatinya.

Bagaimanapun, bapanya terpaksa menjalani rawatan bermula 12 Mei sehinggalah pada 15 Mei lalu sebelum pihak hospital memaklumkan tentang jangkitan bapanya dan memerlukan antibiotik.

Cabut 12 Batang Gigi

Tambahnya, pada 23 Mei, pihak hospital telah menasihati untuk membuang 12 batang gigi bapanya yang sudah rosak. Difahamkan, fasa pertama memerlukan tujuh batang gigi dicabut. Manakala selebihnya pada fasa kedua.

Dia juga mempersoalkan tentang tindakan mencabut kesemua gigi itu, apatah lagi bila melihat tahap kesihatan ayahnya yang semakin merosot.

“Selepas giginya dicabut, ia terus berdarah tanpa henti sepanjang malam. Lebih teruk lagi, ketika proses itu, doktor memberikan kain kasa untuk digigit oleh bapa saya walaupun kadang-kala bapa saya seperti tercekik dengan kain itu.

“Doktor juga memberikan saranan untuknya terus menggigit kain itu berbanding memberi ubat,” dakwanya.

BACA JUGA: Ini “Step” Nak Buat Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Pergigian Di MySejahtera

Mayat mendiang telah dibawa ke Kuil Wat Sadao di daerah Bang Rachan di wilayah Singburi untuk proses pengebumian.

Turut hadir di majlis penuh pilu itu adalah wakil daripada hospital berkenaan yang menyampaikan bunga dan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kematian lelaki tua itu, pihak hospital enggan memberikan sebarang maklumat sehingga diberitahu kelak.

Kesemua butiran mengenai kejadian akan didedahkan oleh Pengarah Hospital Singburi dalam satu kenyataan, maklum anak perempuan mendiang.

Cabut 10 Batang Gigi, Wanita Britain Meninggal Dunia

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas 10 batang giginya dicabut, dalam satu kejadian yang berlaku di Britain, lapor Daily Star.

Difahamkan, mangsa mengalami pendarahan selepas gusinya bermasalah. Berikutan itu, doktor terpaksa menjalani dua sesi berasingan untuk mencabut kesemua gigi itu.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut rebah di rumah sebelum meninggal di hospital beberapa jam selepas sesi kedua dijalankan.

Oleh itu, seorang doktor gigi di klinik tersebut telah dilarang bekerja selama satu tahun.

Sumber: The Thaiger

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?