Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cuaca Sangat Panas Di Malaysia, Ikuti 10 Tip Ini Untuk Sihat
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta masyarakat global untuk bersiap siaga atas kehadiran fenomena El Nino yang bakal melanda pada Julai ini.
Walaupun kita masih ada masa sebulan sebelum masa jangkaan tersebut, Malaysia sudah pun mencatatkan beberapa catatan suhu yang tinggi di beberapa kawasan.
Lebih menyedihkan, beberapa kes kematian dilaporkan berpunca dari strok haba. Jelaslah bahawa cuaca panas yang melampau boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan manusia.
Hello Doktor telah menggariskan beberapa tip untuk kekal sihat walaupun berdepan dengan cuaca panas.
Berikut adalah perkongsiannya:
Ini fakta kerana cuaca panas telah menjadi salah 1 punca berlakunya peningkatan kedatangan pesakit ke klinik dan hospital, malahan menyebabkan kematian terutama kepada kumpulan yang berisiko.
Golongan dewasa yang berumur 40 tahun ke atas: 10 kali ganda lebih berisiko daripada golongan muda
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke bawah
Pekerjaan yang membabitkan aktiviti-aktiviti fizikal: Peladang, buruh, ahli sukan dan lain-lain
Mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kelenjar tiroid
Golongan yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung

Kesan-kesan kesihatan akibat kemarau dan gelombang panas melampau ini mempunyai tahap-tahap yang tersendiri.
Ia boleh berada pada tahap sederhana kepada teruk. Tahap yang teruk mampu menyebabkan kematian.
Antara gejala awal yang menunjukkan anda menghadapi masalah cuaca panas melampau ialah pening kepala, mual, keletihan, lemah-lemah otot dan muntah.
Ini adalah kesan jika terlalu terdedah kepada cuaca panas di Malaysia terhadap kesihatan anda:
Heat syncope: Pitam atau pengsan akibat kepanasan
Heat cramps: Kekejangan badan akibat daripada cuaca panas
Heat stroke: Strok akibat kepanasan
Heat exhaustion: Kepenatan atau keletihan daripada cuaca panas
Heat fatigue: Kelesuan atau keletihan akibat kepanasan
Hal ini tidak boleh diambil mudah jika dibiarkan, ia boleh memberi kesan yang lebih serius dalam jangka masa panjang seperti:
Katarak mata: Akibat terdedah pada sinaran matahari dalam jangka masa panjang
Kanser kulit: Melanoma malignan dan karsinoma
Penuaan kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka masa lama
Takut apabila dengar kesan-kesan jika terdedah kepada cuaca panas di Malaysia ini, kan? Oleh itu, kurangkanlah berjemur bagi mengelakkan berlakunya kesan pada tubuh anda.

Lakukan tip-tip ini bagi mengelakkan diri anda serta keluarga daripada terdedah dengan serangan cuaca panas.
Pakai pakaian yang ringan, bermaterial 100% kapas, longgar dan berwarna cerah
Hadkan diri daripada melakukan aktiviti luar
Pakai alat pelindung matahari seperti cermin mata hitam, topi atau payung yang besar untuk melindungi anda daripada sinaran matahari
Minum air kosong dengan banyak. Jangan tunggu sehingga anda berasa dahaga

Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan tubuh badan anda ketika cuaca panas di Malaysia
Memakai losyen pelindung matahari: Amalkan pemakaian sunblock apabila keluar dari rumah. Pastikan anda sapu sunblock sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berjemur. Kepekatan minimum yang harus digunakan ialah SPF 15
Perubahan pada gaya hidup: Mungkin sesetengah daripada anda suka akan idea untuk kelihatan tan hingga sanggup berjemur beberapa jam di bawah cahaya matahari. Tahukah anda perbuatan ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit kanser kulit? Jangan pula sebab nak cantik, sakit pula yang dapat!
Jangan bersenam atau melakukan aktiviti dalam cuaca yang terik: Anda dinasihatkan untuk tunggu sehingga cuaca redup jika mahu beriadah di luar rumah terutamanya jika anda bersama keluarga. Ini kerana kanak-kanak lebih berisiko terhadap kesan ini.
Jangan ambil minuman yang mengandungi alkohol, berkafein serta bergula tinggi: Minuman seperti kopi, air berkarbonat dan beralkohol harus dielakkan sekiranya anda bakal melakukan aktiviti di bawah matahari
Jangan berada di dalam kereta yang tertutup tanpa membuka tingkap atau penyaman udara: Jika anda tinggalkan seseorang di dalam kereta, pastikan dalam keadaan yang tidak panas dan mempunyai aliran udara yang baik.
Pendedahan kepada cuaca yang panas dan terik haruslah dikurangkan agar kesihatan kita tidak akan terkesan dengan risiko-risiko di atas.
Pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya agar anda dan keluarga kekal terlindung daripada panas matahari.
Malah, selain manfaat pada kesihatan, anda juga boleh melindungi muka daripada sinaran matahari, jadi kulit anda kekal awet muda!
BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga
Sumber: Hello Doktor