Siakap Keli
graduan cuak terlucut mortar board di hadapan permaisuri
Kredit: TikTok

Graduan Cuak, “Mortar Board” Tiba-Tiba Terlucut Depan Tengku Permaisuri Selangor

Graduan Cuak, “Mortar Board” Tiba-Tiba Terlucut Depan Tengku Permaisuri Selangor

Ketika musim majlis konvokesyen, terdapat pelbagai momen menarik yang dirakam dan dimuat naik ke dalam media sosial.

Kebiasaannya, video majlis konvokesyen yang mengandungi insiden lucu dan luar biasa sering tular di platform tersebut.

Hal ini disebabkan, rata-rata graduan merasa resah gelisah ketika berada di atas pentas untuk mengambil skrol masing-masing.

Sebelum ini, kita dihiburkan dengan kisah graduan yang terlupa untuk mengambil skrol graduasi. Ini menyebabkan para penyampai skrol merasa hairan ketika melihat graduan muda ini ‘berlalu pergi’ meninggalkan mereka.

Graduan Terlupa Ambil Sijil Atas Pentas, Jalan Menonong Selepas Bergambar

Tidak lama selepas itu, terdapat lagi satu insiden lucu yang berlaku di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 yang sedang berlangsung baru-baru ini.

Dalam satu video menerusi akaun TikTok Universiti Teknologi Mara (@uitm_channel), ia memaparkan klip seorang graduan yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Mohd Yusof.

Ketika itu, graduan tersebut ingin mengambil skrol ijazah sarjana mudanya daripada Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Norashikin.

Semasa ingin membuka langkahnya ketika namanya dipanggil, tiba-tiba ‘mortar board’ yang dipakainya terlucut daripada kepala.

Insiden tersebut telah disaksikan oleh seluruh hadirin dan para tetamu dan sudah semestinya, perasaan cuak mula menguasai diri Firdaus.

Oleh sebab itu, Firdaus bergelut untuk memakai mortar board itu semula dan para penyampai skrol ketika itu turut membantu dirinya.

Comelnya, Permaisuri Selangor dan para pemberi skrol membetulkan mortar board Firdaus

Selepas graduan tersebut berjaya memakai mortar board itu semula, Tengku Norashikin yang juga merupakan Pro-Canselor UiTM bertindak membetulkan kedudukan mortar board miliknya.

Tindakan ini sekurang-kurangnya dapat membantu Firdaus untuk mendapat gambar konvokesyen yang baik pada hari istimewanya.

Sehubungan itu, insiden lucu itu telah meraih perhatian pengguna media sosial di Malaysia untuk membanjiri ruangan komen.

Rata-rata pengguna memuji tindakan Permaisuri Selangor untuk memastikan graduan tersebut tidak merasa terlalu cuak ketika berada di atas pentas.

Ada juga yang memahami perasaan dan pengalaman yang dialami graduan tersebut, khususnya ketika berdepan dengan perkara yang tidak disangka- sangka.

@uitm_channel

Antara yang menarik terjadi semasa sidang DYMM Tengku Permaisuri Selangor #istiadatkonvokesyenuitm96 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Sumber: uitm_official via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma