Siakap Keli
tersalah isi diesel kereta
Kredit: Bernama

Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Tersalah Isi Diesel Dalam Kereta Enjin Petrol

Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Tersalah Isi Diesel Dalam Kereta Enjin Petrol

Kita sedia maklum bahawa pam berwarna hitam (kadangkala biru) merupakan minyak diesel dan hanya boleh digunakan bagi kenderaan yang menggunakan enjin disel seperti lori, kereta 4×4, trak pikap dan sebagainya.

Bagaimanapun, kadangkala, mungkin ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti ‘terisi’ minyak diesel pada tangki kereta yang menggunakan petrol. Mungkin insiden itu berpunca dari kurang pengetahuan mengenai pam minyak dan jenis enjin di Malaysi aataupun ‘mamai’ semasa mengisi minyak dan sebagainya.

Jika membiarkan lebih lama, ia akan memberikan kesan buruk terhadap enjin kereta anda. Sebelum ini, Siakap Keli ada melaporkan berkenaan kesan mengisi petrol dalam tangki enjin diesel. Dalam artikel yang sama, ia turut menyatakan kesan negatif apabila seseorang mengisi diesel dalam tangki petrol.

(Video) Mungkin Ramai Tertanya, Lelaki Ni Buat Eksperimen Isi Petrol Dalam Kereta Enjin Diesel & Ini Yang Berlaku

Ini perkara yang patut dilakukan selepas tersalah isi minyak diesel pada tangki kereta petrol berdasarkan beberapa senario

1.- Ketika mengisi minyak

Jika anda menyedari kesilapan tersebut ketika mengisi minyak tersebut ke dalam tangki kereta petrol, tiada perkara yang perlu dirisaukan.

Hal ini disebabkan, anda hanya mengisi tangki kereta anda dengan minyak diesel kurang dari lima peratus. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi keseluruhan tangki dengan petrol.

Memandangkan minyak diesel mudah untuk bercampur dengan petrol, anda boleh meneruskan pemanduan tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan pencemaran bahan api, adalah lebih baik untuk mengeluarkan sisa minyak diesel di dalam tangki.

Akan tetapi, ini memerlukan anda untuk menunda kereta ke pusat perkhidmatan.

2. Selepas mengisi minyak

Jika anda sudahpun mengisi minyak diesel melebihi kadar lima peratus dari tangki petrol, situasi ini masih dalam kawalan,

Apa yang anda perlu lakukan adalah, tidak menghidupkan enjin kenderaan dan menghubungi servis tunda.

Kereta anda akan ditunda dan dibawa ke pusat servis berdekatan. Sejurus sampai di sana, tangki kereta akan dibersihkan dan diisi dengan minyak petrol.

3. Selepas menghidupkan enjin

Jika anda sudahpun menghidupkan enjin selepas mengisi minyak diesel dalam tangki kereta petrol, matikan enjin secara serta merta.

Seperti langkah di atas, tunda kenderaan anda ke pusat servis dan tangki kereta akan dibersihkan.

Disebabkan anda telah menghidupkan enjin, laluan bahan api juga perlu dibersihkan dengan menggunakan petrol. Keadaan ini juga memerlukan anda untuk mencuci bahagian palam pencucuh (spark plug).

Selepas itu, anda boleh mengisi tangki kenderaan tersebut dengan menggunakan petrol dan memandunya seperti biasa.

4. Sudah memandu kenderaan buat seketika

Ini merupakan senario paling buruk dan sukar. Pertama sekali, anda perlu memberhentikan kenderaan anda secara serta merta dan matikan enjin.

Hubungi bantuan atau servis tunda dan bawa kenderaan ke pusat servis kenderaan yang terdekat. Kedua-dua tangki dan laluan bahan api akan dibersihkan bagi mengelakkan pencemaran bahan api.

Berkemungkinan, anda juga perlu menukar penapis bahan api bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Selepas itu, anda boleh mengisi semula tangki dengan bahan api yang sepatutnya dan memandu kenderaan anda tanpa sebarang kerisauan.

Akhir sekali, kita wajarlah membaca label pada pam minyak terlebih dahulu, khususnya jika kita memandu kereta di luar negara bagi mengelakkan insiden tersalah isi bahan api yang salah pada kenderaan yang digunakan.

BACA: Viral Budak Cover Lagu Pakai Drum Botol, Tapi Skill Buat Netizen Kagum, “Besar Bakat Dia”

Sumber: Acko Drive

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma