Siakap Keli

Kempen GEMFEST HABIB Abadikan Keindahan Fenomena Semulajadi Batu Permata Di ‘GEMFEST Masterclass’

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2023 – Antara fenomena alam yang sangat indah dan mempesonakan, batu permata dan berlian mempunyai sejarah yang unik dengan sifat menariknya yang tersendiri. HABIB, jenama tempatan yang terkenal dengan kepakarannya di dalam industri barangan kemas, teruja untuk berkongsi kepermaian permata berharga ini ke serata dunia dan pada hari ini, HABIB membawa jemputan khas untuk meneroka dunia batu permata dan berlian melalui sesi perkongsian ‘GemFest Masterclass’ bagi menandakan permulaan Kempen GemFest (Batu Permata).

Sesi perkongsian ini dikendalikan sendiri oleh pakar gemologi dan pereka barangan kemas dari HABIB, diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer yang juga berkelulusan Gemologi GIA (GIA Graduate Gemologist). Pelbagai topik topik menarik telah dibincangkan termasuklah kepelbagaian batu permata yang berbeza, asal usulnya, berlian dan batu permata berwarna.

Para jemputan meninggalkan ruang acara dengan pengetahuan baru serta ilmu yang bermanfaat tentang kecantikan batu berharga.

Sebagai sebuah jenama yang mapan, HABIB memikul tanggungjawab untuk mewujudkan kesedaran serta memberi pendidikan bagi memastikan setiap individu cakna mengenai nilai batu permata dan berlian, bukan sahaja sebagai komoditi yang berharga malah ia juga merupakan sebuah karya seni yang mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Kempen GEMFEST ini akan berlangsung di bilik pameran HABIB seluruh negara, bermula 1 Jun sehingga 2 Julai untuk membawa fokus tentang keanggunan, keunikan serta daya tahan batu permata dan berlian. Setiap bilik pameran akan menampilkan pelbagai pilihan rekaan menarik dan unik, bagi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza serta melengkapi pelbagai gaya termasuklah gaya anggun dan minimalis sehinggalah penampilan yang lebih gah dan menyerlah.

Antara koleksi yang menarik perhatian dan memiliki hasil seni mutu halus adalah seperti rantai leher gabungan Batu Safir 44 karat dan 7 butir Batu Tanzanit seberat 12 karat, serta cincin Paraiba Tourmaline yang sangat jarang ditemui.

Tatkala cantik digayakan secara tersendiri mahupun dipadankan bersama, batu permata dan berlian memberi peluang kepada para wanita untuk menyerlahkan ekspresi diri mereka melalui gaya yang berbeza dan menonjol.

Berbicara mengenai fesyen ikonik, antara personaliti-personaliti yang menggemari batu permata adalah seperti Elizabeth Taylor sangat terkenal dengan minat terhadap koleksi batu permatanya yang mempesonakan. Tidak lupa juga tentang ahli kerabat Diraja British iaitu Catherine, Princess Of Wales, yang telah benar-benar mengagumkan dunia dengan koleksi barangan kemasnya yang menawan.

Dari cincin pertunangan sehinggalah rekaan barangan kemas yang lebih gah, batu permata dan berlian sentiasa dapat menggambarkan personaliti serta keperibadian seseorang. Justeru itu, HABIB berharap agar para pelanggan dapat meluangkan sedikit masa untuk menatap keunikan, daya kesenian serta kemahiran yang telah terserlah khas. Bawakan nafas keajaiban baru dengan koleksi batu permata dan berlian indah bersama HABIB di bilik pameran berdekatan anda hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewelsofficial dan ikuti media sosial @habibjewelsofficial di Instagram dan Tiktok, serta Facebook (@HABIB).

Amira

Love yourself.