Siakap Keli
botol deodoran tersangkut
Kredit Daily Mail

Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Perut Dibedah, Botol Deodoran Tersangkut Dalam Dubur

Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Perut Dibedah, Botol Deodoran Tersangkut Dalam Dubur

Doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atas perut seorang lelaki di Iran selepas botol deodoran tersangkut di rektumnya, lapor Daily Mail.

Lelaki berusia 30 tahun yang tidak dikenali itu telah meminta bantuan pakar perubatan selepas dua jam memasukkan botol itu ke dalam duburnya

Doktor yang merawat lelaki itu kemudian menerbitkan kisah pesakit tersebut ke dalam jurnal perubatan dan mendedahkan bahawa pada awalnya pesakit mengadu mengalami sakit perut.

Lelaki itu mengaku bahawa sebelum ini dia pernah memasukkan objek lain ke dalam rektumnya tanpa sebarang masalah.

Pemeriksaan ke atas duburnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda trauma, pendarahan atau luka.

Pasukan perubatan juga dilaporkan mengalami kesukaran selepas objek itu tidak dijumpai di dalam badannya, tulis pasukan tersebut dalam Visual Journal of Emergency Medicine.

Lelaki itu mengalami kesakitan selepas menjalani pemeriksaan dubur sebelum memaksa pasukan perubatan untuk melakukan imbasan sinar-X.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke dewan bedah di jabatan kecemasan Universiti Sains Perubatan Tehran.

Pakar bedah melakukan operasi pembedahan di perutnya dan mengeluarkan botol tersebut pada hari yang sama.

Lelaki tersebut ditahan selama satu hari di hospital dan diminta untuk berjumpa pakar psikiatri sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya.

Perbuatan memasukkan objek ke dalam rektum difahamkan boleh membawa kepada beberapa risiko.

Selain objek boleh tersangkut, ia juga berpotensi untuk mencederakan usus dan boleh menyebabkan maut.

Ini kerana bahan dari saluran penghadaman boleh merebak ke bahagian badan yang lain seterusnya menyebabkan jangkitan.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, taktik licik seorang lelaki yang cuba menyeludup gunting sepanjang lapan setengah inci ke dalam penjara dengan menyembunyikannya di dalam dubur berjaya dihidu pihak berkuasa.

Memetik Sky News, pegawai penjara membongkar kegiatan itu ketika penjenayah tersebut sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam Penjara La Porte County, Indiana, Amerika.

Pegawai berkata, objek itu dikenal pasti di ‘lokasi pelik’ selepas suspek enggan memberi kerjasama semasa rutin pencarian pada hari Rabu.

Lelaki itu akhirnya ‘dengan berat hati’ bersetuju untuk imbasan badan elektronik dilakukan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka