Siakap Keli
Remaja Mati Otak
Gambar: Facebook FC Metz

Seorang Remaja Di Berlin Alami Mati Otak Selepas Bergaduh Di Perlawanan Bola Sepak

Seorang Remaja Di Berlin Alami Mati Otak Selepas Bergaduh Di Perlawanan Bola Sepak

BERLIN, 31 Mei (Bernama-dpa) — Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

Pergaduhan berlaku antara pemain pasukan Perancis dan Jerman selepas wisel penamat perlawanan di daerah Eckenheim pada Ahad. Seorang pemain pasukan Perancis berusia 16 tahun didakwa memukul pemain Berlin itu di kepala atau leher.

Remaja berusia 15 tahun itu rebah dan dilaporkan mengalami kecederaan otak yang serius dan mengancam nyawa.

BACA JUGA: 12 Terbunuh, 100 Parah Dalam Insiden Rempuhan Di Stadium

Pelaku telah ditangkap dan direman pada Selasa. Polis sedang mencari saksi dan mereka yang mempunyai video dan gambar mengenai kejadian itu boleh menghantarnya kepada polis secara dalam talian atau memuat naik di halaman khas.

Penganjur kejohanan Piala Jerman sedang menyiasat insiden itu, menurut kenyataan di laman sesawangnya.

FC Metz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemain muda yang terlibat itu yang merupakan sebahagian daripada program prestasi kelab, menafikan telah mencederakan remaja lain dengan sengaja.

Kelab itu, serta pemain dan ibu bapa yang hadir, membantu pihak berkuasa Jerman dalam siasatan itu, kata FC Metz.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?