Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia akibat kecederaan selepas terjatuh ketika cuba melakukan aksi turun menggunakan tali dari struktur bumbung Stadium Alamodome, sebelum perlawanan bola sepak Amerika antara UTSA dengan Navy pada Sabtu, lapor ESPN
Tentera AS Maut Ketika Buat Demonstrasi
Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam Pangkalan Tentera Udara Nellis, anggota yang ditugaskan di Detasmen 2, Skuadron Latihan Tempur Ke-6 itu mengalami kecederaan di stadium sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.
Difahamkan, insiden tersebut masih dalam siasatan dan identiti anggota berkenaan tidak didedahkan.
Dalam klip tular di media sosial, memaparkan anggota terbabit kelihatan hilang kawalan lalu meluncur turun sepanjang tali sebelum terhempas ke atas padang ketika sedang turun.
https://web.facebook.com/groups/386292693749799/permalink/1151910100521384/?rdid=uOOYyj1SH69KFzL5#
Petugas perubatan segera memberikan rawatan kepadanya. Mangsa kemudian dibawa keluar dari Alamodome menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital.
“Kami amat sedih dengan insiden yang berlaku pada permulaan acara perlawanan malam ini,” kata UTSA dalam satu kenyataan.
“Ingatan dan doa kami bersama anggota tentera yang terlibat, keluarganya serta rakan-rakan seperjuangannya.”
Sepak mula perlawanan pada awalnya ditangguhkan selama 10 minit sebelum diteruskan semula.

