Siakap Keli
rambut kusut bangun tidur
Gambar: TikTok

Kusut Tapi Comel, Ramai Boleh “Relate” Tengok Rambut Adik Ni Bangun Tidur

Kusut Tapi Comel, Ramai Boleh “Relate” Tengok Rambut Adik Ni Bangun Tidur

Biasanya, keadaan rambut kita akan jadi ‘sukar dibendung’ selepas bangun daripada tidur lena semalaman, kan?

Keadaan ini dipanggil sebagai Bed Head, iaitu satu benda yang lazim berlaku selepas tidur, khususnya tidur dalam keadaan baring untuk jangka masa yang agak panjang.

Tanpa mengira jantina, keadaan rambut kita akan ‘menggila’ walaupun sudah memakai set penjagaan rambut yang lengkap dan sempurna.

Hal ini disebabkan, badan kita juga masih bergerak walaupun kita sedang tidur dan perkara tersebut berlaku di luar kawalan kita.

Geseran rambut anda dengan bantal menyebabkan anda menerima hadiah berupa ‘dandanan rambut unik’ pada keesokan paginya.

Fesyen rambut ‘sukar dibendung’ ini bukanlah satu masalah besar

Pada masa kini, bed head dianggap sebagai salah satu gaya rambut dan sering digayakan oleh artis-artis wanita dari Barat seperti Bella Hadid, Doja Cat dan Jenna Ortega.

Menurut Pop Sugar, hanya rambut ini kelihatan berserabut dan tidak diurus tetapi membuatkan sesorang individu kelihatan seksi dan menawan. Malah, gaya ini telah menjadi asas bagi gaya-gaya rambut yang popular dalam kalangan artis dan TikToker.

Selain itu, ia turut menambah kecomelan seseorang individu, khususnya golongan muda. Pengguna TikTok, Farhana Azmira Asmadi (@farhana_diamonis) berkongsi video anaknya yang masih comel walapun selepas rambutnya menjadi kusut selepas tidur

“Perempuan bangun tidur be like…” teks dalam klip video berkenaan.

Dalam klip yang berdurasi 23 saat itu, ia memaparkan anaknya sedang berguling-guling di atas katil, dipercayai baharu sahaja terbangun dari tidur.

Sehubungan itu, keadaan rambut anak perempuannya yang bernama Rania agak ‘sukar dibendung’ selepas tidur.

Rambut kusut bangun tidur tapi comel

Walaupun keadaan rambutnya yang kusut dan mengembang, anaknya masih kelihatan comel di hadapan lensa ibunya.

Gelagat Rania yang baru sahaja bangun dari tidur ini telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata terpukau dengan kecomelannya.

Ada juga warga maya yang dapat ‘relate’ dengan keadaan rambut bayi yang ‘sukar dibendung’ selepas tidur sepanjang malam.

Apa kata anda?

@farhana_diamonis

Hahah umur baru 1 tahun, tp rambut tak dpt nk dibendung 🤣🤣🤣 #trendingvideo #fyp

♬ original sound – Farhana Azmira Asmadi – Farhana Azmira Asmadi

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: @farhana_diamonis via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma