Siakap Keli
modal

Modal Cuma RM2k Bercuti 5H4M Di Bali, Boleh Bawa Pasangan Honeymoon Sekali Lagi

Dekat Malaysia ni, ramai je yang suka melancong ke luar negara. Tapi, bila fikirkan tentang modal yang agak tinggi, ada segelintir yang terpaksa lupakan niat tersebut.

Namun demikian, korang sebenarnya boleh saja dapatkan pelancongan dengan harga yang murah sebab ramai dah kongsikan macam-macam tips yang boleh dibuat.

Sebagai penduduk Malaysia, min pasti ramai yang sasarkan untuk melancong di negara-negara serantau antaranya Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Tapi korang percaya tak? Dengan modal hanya RM2k boleh bawa pasangan korang pergi Bali 5 hari 4 malam termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan?

Macam tak masuk akal, tapi itulah yang korang boleh dapat kalau ikut tips yang min nak share ni.

Kempen Diskaun Sehingga RM370?

Caranya guna Traveloka sebab sekarang tengah ada kempen diskaun Goverseas Deals sehingga RM370 untuk tempahan penerbangan, hotel dan pengalaman di Thailand, Vietnam dan Indonesia.

modal

Kenapa min cakap modal tak sampai RM2k untuk ke Bali? Sebabnya, min buat semakan harga penerbangan pergi balik hanya RM589 je manakala hotel pula RM192. Kalau bawa pasangan untuk 5H4M memang kena standby sekitar RM2k ja tau!

Untuk aktiviti dan makan kat sana, korang boleh bajet sendiri la ikut kemahuan masing-masing kan.

Bukan Bali saja, banyak laluan lain juga

Sebenarnya, bukan Bali ja tau tawarkan percutian jimat macam ni, ada tempat lain seperti Ho Chi Minh City, Bangkok, Phuket, Jakarta dan banyak lagi tawar harga tiket tak sampai RM500 pergi dan balik.

Traveloka juga tawarkan banyak laluan serta syarikat penerbangan untuk pilihan korang. Tambah pulak sekarang ni ada banyak festival yang akan diadakan di ketiga-tiga negara serantau tersebut seperti Maho Rasop Festival di Thailand dan Doan Ngo Festival di Vietnam.

Bagi korang yang minat dengan pantai, pelbagai destinasi yang boleh menjadi pilihan korang macam Pantai Kuta di Indonesia, Ao Prao dan Choeng Mon di Thailand serta Pantai My Khe di Vietnam.

Tapi, betul ke ada diskaun berbaloi macam tu? Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok sendiri dekat laman web Traveloka di sini.

Siap ada kupon SUNNYSEA untuk korang mendapatkan diskaun sehingga RM200 untuk semua jenis penerbangan dalam laman web tu. Menarik la!

Ada Kupon Eksklusif Terhad Khas Untuk Ahli Telegram Traveloka Malaysia

Kalau nak tahu lebih lagi, korang join je Telegram Traveloka Malaysia sebab ada banyak deals menarik dan eksklusif dalam tu, khas untuk ahli channel Telegram Traveloka Malaysia. Korang hanya perlu klik di sini untuk jadi ahli. Yang lagi best, ada kupon eksklusif terhad untuk ahli di dalam Telegram Traveloka Malaysia. Jadi memang rugi lah kalau tak sertai kan.

modal

Jangan lupa juga untuk follow page Traveloka di Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter untuk ketahui pelbagai info terkini.

Jadi, korang tunggu apa lagi? #JomGOverseas dengan Traveloka!



Adib Mohd