Siakap Keli
virus maut covid-19
Kredit: Forbes

Pakar Beri Amaran ‘Virus Maut’ Makin Meningkat, Simptom Sama Seperti Covid-19

Pakar Beri Amaran ‘Virus Maut’ Makin Meningkat, Simptom Sama Seperti Covid-19

Pakar memberi amaran virus pembunuh, Human Metapneumovirus (HMPV) dilapor semakin meningkat hingga menyebabkan kematian, walaupun tidak pernah didengari sebelum ini, lapor Mirror UK.

Pakar pediatrik di Universiti Pittsburgh, Pennsylvania, Dr John Williams, meluahkan kebimbangan kerana ramai yang masih tidak menyedari kemunculan virus yang membawa maut itu.

“Ia adalah virus paling penting yang patut diketahui walaupun tidak pernah dengar kewujudannya.

“Itu antara tiga virus utama, yang memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang dewasa. 

“Kemungkinan ia menyebabkan individu memasuki wad hospital dan buat penyakit lebih teruk.

“Sekiranya terkena pada pusat jagaan orang tua, virus itu akan membunuh mereka,” ujarnya.

BACA: Dua Lagi Maut Akibat Virus Marburg Di Afrika Tengah

Simptom sama seperti Covid-19

Difahamkan, HMPV merupakan virus yang kemungkinan tidak disedari oleh umum, kerana ia mempunyai simptom sama seperti Covid-19 dan selesema.

Ia akan menyebabkan individu mengalami simptom awal seperti batuk, hidung berair atau tersumbat dan yang paling teruk sekali, jumlah mangsa yang dijangkiti semakin meningkat.

Kajian telah menunjukkan bahawa dalam tempoh empat tahun lalu, virus HMPV adalah sama seperti Respiratory Syncytial Virus (RSV) dan selesema.

HMPV boleh menyebabkan pneumonia, di mana satu bentuk jangkitan daripada saluran pernafasan yang menjejaskan paru-paru.

Walau bagaimanapun, ia adalah punca kedua paling biasa yang boleh berlaku pada kanak-kanak bagi RSV dalam tempoh 25 tahun yang lalu.

Yang membimbangkan kebanyakan orang yang terkena HMPV, mereka tidak tahu di mana untuk melakukan ujian pemeriksaan.

Antara gejala yang boleh dilihat sekiranya terkena virus ini adalah hidung akan berair, sakit tekak, batuk dan semput.

Lebih teruk, ia boleh menyebabkan semput, kesukaran bernafas, suara menjadi serak, batuk, asma, radang paru-paru pada orang dewasa.

Pesakit dipercayai akan pulih dalam masa tujuh hingga ke 10 hari selepas terkena virus itu.

Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai sistem imun lemah, asma atau keadaan pernafasan, kemungkinan akan mengalami penyakit serius, seperti bronkitis atau radang paru-paru.

Sumber: Mirror UK

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana