Siakap Keli
adira suhaimi anak nyanyi lagu kematian
Kredit: TikTok

Terkedu Masa Live, Adira ‘Insaf Terus’ Anak Tiba-Tiba Nyanyi, “Orang Biasa Mati, Artis Pun Mati”

Terkedu Masa Live, Adira ‘Insaf Terus’ Anak Tiba-Tiba Nyanyi, “Orang Biasa Mati, Artis Pun Mati”

Penyanyi, Adira Suhaimi terkedu ketika anak perempuannya tiba-tiba datang sambil menyanyikan lagu sentap ketika sedang bersiaran langsung membuat ulasan mengenai produk penjagaan muka.

Insiden lucu tersebut telah dikongsikan oleh artis tersebut menerusi sebuah hantaran di tikToknya pada 8 April lepas.

Namun, video tersebut kembali mencuri tumpuan apabila kerap memasuki halaman ‘For Your Page‘ pengguna-pengguna TikTok di Malaysia baru-baru ini.

Difahamkan, naib juara Akademi Fantasia untuk musim kelapan itu pada awalnya ingin membuat ulasan berkenaan produk kecantikan dalam sesi live di TikToknya.

Namun, anak perempuannya, Anggerik datang secara tiba-tiba dari belakang dan memasuki ‘frame’ kamera sambil menulis sesuatu di atas bukunya.

Adira menjadi lebih terkedu apabila anak perempuannya secara spontan tampil dengan nyanyian lagu yang mengingatkannya terhadap kematian.

“Orang kaya mati. Orang miskin mati. Raja-raja mati. Orang biasa mati, Orang artis mati. Semua orang mati,” bait-bait lagu yang menginsafkan dari Anggerik.

Ketika anak perempuannya menyanyikan bait ‘Orang artis mati’, Adira menzahirkan mimik muka yang sangat terkejut kerana dirinya juga merupakan seorang artis di Malaysia.

Terkesima dengan peringatan anaknya itu, Adira terpaksa membatalkan niat untuk mengulas produk penjagaan kulit dengan lebih lanjut.

Adira bertindak mematikan sesi livenya kerana lirik lagu anaknya yang bergenre kerohanian itu amatlah random dan sukar untuk diramal.

“Dari mana-mana lah dia keluar kan? Sebelum banyak lagi disebutnya, off dulu lah kan?” tulis Adira di ruangan komen.

Lagu yang mengingatkan kematian dari anak Adira Suhaimi telah menginsafkan ramai warga maya

Video tersebut telah meraih perhatian para warga maya, yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan spontan anak perempuannya.

adira suhaimi anak nyanyi lagu kematian
Kredit: TikTok

Kombinasi lagu anaknya yang sangat ‘random‘ dan reaksi terkejut Adira menyebabkan pengguna TikTok ketawa sampai tidak kering gusi.

Ada juga yang pengguna yang menekankan bahagian anaknya menyanyikan lirik yang menyebabkan Adira sangat terkejut.

Komen tersebut dibalas oleh Adira sendiri, yang mana dirinya turut tidak menyangka kariernya turut menjadi sebahagian daripada lirik lagu anaknya.

adira suhaimi anak nyanyi lagu kematian
Kredit: TikTok

Sebahagian warga maya merasa insaf selepas mendengar dendangan lagu Anggerik yang bergebre kerohanian itu.

adira suhaimi anak nyanyi lagu kematian
Kredit: TikTok

Anda boleh melihat gelagat anak Adira Suhaimi menerusi video di bawah.

@adira.suhaimi

#fyp @Skinelle HQ

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: adira.suhaimi via TikTok

 

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma