Siakap Keli
ular sembunyi dalam kasut
Kredit TikTok via @shime_desa

“Tragedi Yang Aku Takkan Lupakan,” Bapa Cemas Anak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Tragedi Yang Aku Takkan Lupakan,” Bapa Cemas Anak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut

Seorang bapa berdepan detik cemas selepas anaknya dipercayai telah dipatuk oleh seekor ular kapak yang sedang bersembunyi di dalam kasut di hadapan rumah mangsa.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain di kawasan rumah mereka yang dipercayai berada di Sungai Besar, Selangor.

Perkongsian itu telah dibuat oleh bapa mangsa menerusi muat naik video di akaun TikTok miliknya yang menggunakan nama @shimi_desa.

@shimi_desa

tragedi yg xkan aku lupakan… 😭😭..simpan sini bt kenangan.. #patukularkapak @hashimi2510 @dilajalaluddin

♬ Yasir Lana – Ai Khodijah

“Tragedi yang tak akan aku lupakan. Anak bongsu dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam,” tulis bapa mangsa di dalam video tersebut.

Menurutnya, sejurus mendapat tahu jari anaknya kena patuk ular, bapa mangsa terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Dapat tahu je kena patuk, terus gerak ke hospital. Waktu ni aku panik gila, aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak dekat riba. Sementara nak sampai tu dia nangis menjerit tahan sakit,” tulisnya lagi.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati bahawa ular yang mematuk tangan anaknya itu adalah spesis ular kapak yang berbisa.

“Sampai dekat hospital, doktor sahkan ular tu ular kapak. Spesis yang berbisa, perlu ambil ujian darah dan antivenom,” jelasnya lagi.

Kredit TikTok

Tambahnya, menjelang 31 Ogos keadaan tangan anaknya semakin bengkak dan membiru. Malah bengkak itu semakin membesar sehingga ke bahu.

Kredit TikTok

Keadaan adik Aqil semakin sihat dan aktif

Bagaimanapun, menurut perkongsian video yang berasingan, kini keadaan kanak-kanak itu sudah semakin sihat dan aktif.

Menerusi perkongsian video itu juga, bapa mangsa sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan anaknya yang bernama Muhammad Aqil.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut dan sehingga artikel ini ditulis sebanyak 2 juta tontonan telah melihat video tersebut.

Mereka juga sempat meninggalkan komen berkenaan adik Aqil dan mendoakan kesihatannya.

“Allahuakbar siannya awak baby semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT dan cepat sembuh,” tulis seorang netizen yang mendoakan adik Aqil.

“Semoga cepat sembuh ya nak Aamiin,” tulis seorang lagi yang mendoakan adik Aqil.

“Allahuakbar. Semoga cepat sembuh .. nanti update kisah anak ni lagi . Saya nak tahu,” tulis seorang lagi netizen yang mahu mengetahui keadaan lanjut adik Aqil.

Sumber: TikTok via @shimi_desa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka