Siakap Keli
enjin kereta dimatikan
Gambar: AFP

Tak Sangka, Ini Yang Jadi Jika Enjin Kenderaan Dimatikan Ketika Kereta Bergerak

Tak Sangka, Ini Yang Jadi Jika Enjin Kenderaan Dimatikan Ketika Kereta Bergerak

Kebanyakan pengguna jalan raya tidak akan mematikan kereta mereka ketika kenderaan tersebut sedang bergerak dengan kelajuan 112.654 kilometer per jam di atas jalan raya.

Namun, pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi jika anda ‘tertekan’ push start button kereta? Sekiranya enjin dimatikan ketika kenderaan sedang memecut laju, apa pula kesannya pada kenderaan dan perjalanan anda?

Bagi menjawab persoalan ini, pakar automotif Consumer Reports telah menjalankan satu uji kaji ringkas bagi mencari jawapan.

Dalam sesi ini, dua kereta akan diuji dan kedua-dua enjin kereta tersebut akan dimatikan ketika kereta masih bergerak.

“Untuk ujian ini saya akan menggunakan sebuah Ford Maverick, yang mempunyai kunci fizikal dan sebuah kereta hibrid Maverick yang menggunakan push button.

“Saya memandu Ford Maverick (kunci fizikal) di jalan dan kuncinya segera dimatikan ketika kenderaan tersebut sedang bergerak laju.

“Enjinnya telah dimatikan tetapi stereng dan brek masih boleh berfungsi seperti biasa. Ia membenarkan pemandu untuk memandu keluar kenderaan ke bahu jalan.

”Apabila benar-benar berhenti, kereta ini boleh dihidupkan semula,” kata Ryan Pszczolkowski.

Beliau merupakan pemandu uji dan Ketua Program Consumer Reports.

Bagaimana dengan kereta hibrid dan menggunakan push button?

Menurut Pszczolkowski, keputusan bagi ujian pandu uji ini masih serupa jika menggunakan kereta hibrid Maverick.

Ketika pemandu menekan butang push-start dalam beberapa saat ketika kenderaan masih bergerak, enjin akan dimatikan.

Sama seperti kereta sebelumnya, stereng dan brek masih berfungsi dalam mod aksesori. Begitu juga dengan lampu pada papan pemuka.

Menurut Pengarah Ujian Jalan Consumer Reports, Mike Monticello, ia mungkin sedikit aneh kerana anda sebenarnya boleh mematikan enjin ketika kenderaan sedang bergerak.

”Namun realitinya, ini adalah salah satu ciri keselamatan yang ditawarkan pada kenderaan. Jika kereta mengalami kebakaran ataupun kegagalan komponen mekanikal, ia sangat penting untuk anda berupaya memutuskan bekalan kuasa kepada enjin. Seterusnya membenarkan kenderaan dipandu ke sisi jalan dengan selamat,” katanya.

Ringkasnya, melalui ujian ini Consumer Report menyimpulkan bahawa enjin kenderaan boleh dimatikan ketika bergerak di atas jalan.

Namun, mereka mengingatkan pemandu bahawa ciri tersebut hanya digunakan apabila berdepan dengan situasi tidak terduga atau kecemasan sahaja.

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: Consumer Reports

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma