Joe biden Tersungkur, Tersandung Di Majlis Graduasi Tentera Udara
Presiden Joe Biden dilaporkan terjatuh selepas tersandung ketika di atas pentas dalam satu majlis graduasi di Akademi Tentera Udara di Colorado semalam, lapor MSN.
Insiden itu walau bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepadanya sebaliknya beliau sempat bergurau mengenai insiden itu.
Ketika kejadian, Biden, 80, baru sahaja menyampaikan ucapannya kepada graduan akademi tentera.
Beliau kemudiannya sempat berjabat tangan dengan kadet lalu mula berjalan kembali ke tempat duduknya dan ketika itulah dia terjatuh.

Pegawai Tentera Udara yang berada di sampingnya bergegas membantunya untuk bangun dan kembali ke tempat duduknya.

Ekoran kejadian itu, pengarah komunikasi Rumah Putih, Ben LaBolt kemudiannya memuat naik ciapan di Twitter miliknya.
“Beliau baik-baik sahaja. Terdapat beg pasir di atas pentas semasa beliau sedang berjabat tangan,” tulis ciapan itu.
President Joe Biden falls on stage at the Air Force Graduation 😔🙏 pic.twitter.com/XYQFjsM33l
— Daily Loud (@DailyLoud) June 1, 2023
Biden terhantuk kepala di pintu helikopter
Sejurus kembali menaiki pesawat Air Force One dan Marine One ke White House, Biden sekali lagi mengalami satu lagi pengalaman malang.
Beliau dilaporkan telah terhantuk kepalanya sewaktu cuba keluar dari pintu helikopter.
Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan semasa berjalan melintasi South Lawn dan sempat bergurau dengan wartawan sambil berkata “saya tersadung beg pasir”.
Biden merupakan seorang presiden tertua yang menjawat jawatan itu. Malah beliau kini sedang mencari ruang untuk mendapat tempat dan sokongan bagi penggal keduanya dalam pilihan raya 2024.
Pada November 2020, sejurus memenangi pemilihannya ketika menentang penyandang Donald Trump, Biden dilaporkan mengalami patah kaki ketika bermain dengan anjingnya.
Terdahulu, Biden sempat menyatakan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berjaya menjadi pemimpin terbaru Malaysia.
Selain itu, Biden turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas.
Anwar berkata Presiden Amerika Syarikat itu turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis cuaca, dan sekuriti tenaga.
“Saya berharap untuk dapat bekerjasama dengan beliau (Biden) bagi manfaat bersama seluruh rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini, dan beliau yang turut memuat naik ucapan tahniah daripada Biden itu.
Sumber: MSN