Siakap Keli

P&G, MYDIN & WOMEN:girls Lancarkan Ibu Nakhoda Hidup Kali Ke-6 Dengan Sokongan KPWKM

SUBANG JAYA, 30 Mei 2023 – Program Ibu Nakhoda Hidup merupakan program untuk golongan ibu ibu usahawan yang dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Program ini telah mencapai tahun keenam pelaksanaan dan bertujuan untuk memberi sokongan dan pertolongan kepada ibu-ibu usahawan di seluruh Malaysia yang bertumpukan perkembangan perniagaan.

Bagi setiap pembelian RM10 mana-mana produk P&G dari Pasar Raya Besar MYDIN atau tempat Jerayawara Ibu Nakhoda Hidup, lima (05) sen akan disumbangkan ke dalam Tabung Hulurkan Harapan.

Sebagai alternatif di bawah ‘Tabung Hulurkan Harapan’ P&G dan MYDIN yang dilancarkan sejak 2015, program Ibu Nakhoda Hidup tahun ini ingin menyediakan satu platform untuk menilai perkembangan bisnes dan berhasrat untuk tidak menjadikan bisnes sebagai kerja sampingan sahaja terutamanya selepas pandemic Covid-19.

Pencarian dan jerayawara Ibu Nakhoda Hidup 2023 meliputi sembilan (09) lokasi MYDIN di seluruh negara dan telah bermula pada 18 Mei 2023 dan akan berakhir pada 30 Jun 2023. Selain itu, buat julung kalinya, MYDIN Sejati Ujana Sandakan turut berjaya sertai dalam senarai lokasi tahun ini.

Pada tahun ini, majlis pelancaran ini bukan sahaja mempunyai slot perbincangan bersama rakan kongsi tetapi turut mempunyai slot Bual Santai bersama Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya.

Antara tetamu yang meghadiri majlis pelancaran terdiri daripada ibu-ibu dari program ini iaitu Tengku Nurhaslinda binti Tengku Mama (INH 2015), Izmeerita Bt. Mohd Ibrahim (INH 2018), Mazleen Bt. Mahmood (INH 2018), Ks.Pakyalakshmi Subramanian (INH 2019) dan Dr. Salasiah Abas (INH 2019).

“Penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dalam kempen Ibu Nakhoda Hidup 2023 menekankan komitmennya untuk memajukan kebajikan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada P&G, MYDIN, dan WOMEN:girls kerana melancarkan semula program Ibu Nakhoda Hidup selepas pandemik Covid-19. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama rapat dengan penganjur untuk menjayakan program ini.” ujar YBrs. Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Saya sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada program Ibu Nakhoda Hidup bersama-sama dengan pihak MYDIN dan P&G sejak kami melancarkannya pada 2015.

“Program ini telah pun memasuki tahun pelaksanaanya yang keenam dan kami amat berbesar hati kerana dapat mengikuti perjalanan para ibu tersebut ke alam keusahawanan. Dan pada tahun ini, pihak penganjur akan turun padang untuk bercakap dengan ibu-ibu secara langsung untuk memahami perjuangan mereka bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang cara kami boleh membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka,’’ menurut Low Ngai Yuen, Presiden WOMEN:girls.

Pemenang daripada Ibu Nakhoda Hidup pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19, ialah Dr. Salasiah Abas, pemilik sekolah muzik tradisional bernama Zai Music World di Melaka; KS. Pakyalakshmi Subramanian, menjalankan katering Tamarai di Pulau Pinang yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu tunggal, bekas banduan dan gadis muda; Hasinah Begum Bt. Zainuddin, yang menjual ‘Lempeng Meletop’ di Puchong; Rita Bajat, penjual Aiskrim & Makanan Borneo dari Sarawak dan yang terakhir sekali ialah Celistina Being, Tukang Kemas Tanah Liat Borneo dari Sabah.

Di P&G, kami komited untuk memperkasakan wanita dan memacu perubahan positif dalam komuniti. Program Ibu Nakhoda Hidup 2023 mencerminkan dedikasi kolektif kami untuk memperkasakan wanita, memupuk pertumbuhan ekonomi, dan membina masyarakat yang lebih inklusif.

Melalui program ini, kami bukan sahaja menawarkan peluang untuk membiayai bakal usahawan ibu, tetapi juga menyediakan mereka dengan latihan peningkatan kemahiran yang berkaitan untuk melengkapkan mereka dengan alat yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Kami berharap dapat menyediakan asas yang kukuh untuk mereka mencapai tahap kejayaan baharu.” ujar Mr. Nantha Kumaran Kalimuthu – Pengurus, P&G Malaysia dan Singapura.

“MYDIN berbesar hati meneruskan momentum kerjasama dengan P&G Malaysia dan Singapura dan WOMEN:girls dalam memperkasa dan mengasah bakat ibu usahawan ke tahap lebih tinggi melalui program ‘ Ibu Nakhoda Hidup’ ini.

“Kempen ini menyediakan platform kepada ibu usahawan dengan memberi pendedahan kepada perkembangan perniagaan mereka di samping menggunakan kekuatan serta membina keyakinan diri bagi menjamin kejayaan perniagaan yang diusahakan mereka.”,ujar Pengarah Eksekutif MYDIN, Dato’ Murad Ali Bin Mydin.

Pencarian untuk Ibu Nakhoda Hidup 2023 kini dibuka dan anda hanya perlu hadir dengan Sijil SSM anda di jerayawara untuk bertemu bual dengan pihak WOMEN:girls di lapangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh lawatan dan lokasi Ibu Nakhoda Hidup 2023, ikuti @ibunakhodahidup dan @MydinMalaysia di Instagram dan Facebook atau layari www.womengirls.org

Amira

Love yourself.