Siakap Keli
45 beg anggota badan gaung
Kredit: AFP

Polis Mexico Temui 45 Beg Berisi Anggota Badan Manusia Dalam Gaung

Polis Mexico Temui 45 Beg Berisi Anggota Badan Dalam Gaung

Pihak berkuasa Mexico telah menemui sekurang-kurangnya 45 buah beg berisi anggota badan manusia di dalam gaung, dekat wilayah Jalisco, Mexico baru-baru ini.

Difahamkan, penemuan tersebut berlaku kita pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes kehilangan tujuh individu pada minggu lepas.

“45 beg dengan anggota badan manusia itu milik mayat lelaki dan perempuan,” jelas pejabat pendakwa raya negara itu dalam satu kenyataan.

Memetik AFP, penemuan yang cukup mengerikan itu berlaku pada Selasa, di dalam gaung dengan kedalaman kira-kira 40 meter di Zapopan, Guadalajara.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah melancarkan operasi pencarian orang hilang melibatkan lima orang lelaki dan dua orang wanita, berusia dalam lingkungan 30 tahun.

Kronologi kes kehilangan ketujuh-tujuh mangsa bermula pada 20 Mei lalu dan laporan bagi setiap kehilangan dibuat pada hari yang berbeza.

Menariknya, pihak penyiasat mendapati semua mangsa berkerja di satu pusat panggilan yang sama.

Bukan itu sahaja, pusat panggilan tersebut berada dalam kawasan yang sama dengan lokasi anggota badan manusia itu ditemui.

Kes kehilangan dan penemuan mayat dalam beg ini mungkin ada kaitan dengan aktiviti haram

Setakat ini, pakar forensik masih belum mengenalpasti jumlah mangsa dan identiti-identiti pemilik anggota badan terbabit.

Hasil siasatan awal mendapati pusat panggilan tersebut berkemungkinan terlibat dalam aktiviti haram dan perkara ini disokong dengan laporan media tempatan.

Berdasarkan laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menemui ganja, sehelai pakaian dan sehelai kain buruk yang memiliki kesan tompokan darah. Polis turut menemui dokumen-dokumen yang mungkin merujuk kepada aktiviti-aktiviti komersial tertentu.

Walau bagaimanapun, waris bagi mangsa yang hilang menuduh pihak berkuasa yang cuba untuk meletakkan mangsa yang hilang sebagai suspek.

Terdahulu, anggota badan manusia turut ditemui di dalam beg atau di dalam kubur yang tidak bertanda di beberapa kawasan berbeza di Jalisco.

Pada 2021, kira-kira 70 beg yang berisi anggota badan milik 11 orang manusia ditemui di Tonala, Jalisco. Manakala, sebanyak 119 beg berisi anggota badan milik 29 manusia ditemui di kawasan kurang berpenghuni, dekat Zapopan pada 2019.

BACA: YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma