Syok Layan ‘View’ Sampai Tayar Basikal Kemik Tak Berpusing
Tenang, itu antara perkara yang difikirkan sekiranya melakukan percutian di kawasan bendang, selain dapat menikmati keindahan alam yang tidak disajikan di ibu kota.
Malah ramai yang memilih untuk bercuti di kawasan luar bandar kerana mahu merasai udara segar, selain ‘angin’ sepoi yang tidak dicemari oleh asap kenderaan.
Apabila tiba di destinasi itu, pastinya akan melakukan aktiviti yang mendekatkan diri kepada alam, seperti menaiki basikal, mandi di pantai dan sebagainya.
Kadang-kala, situasi riang itu bertukar kejadian yang tidak boleh dilupakan, dek kerana berlaku perkara yang tidak diingini.
Situasi tidak dijangka menimpa wanita
Seperti yang terjadi kepada seorang wanita yang sedang menikmati suasana kampung dengan mengelilingi tempat itu menggunakan basikal.
Perkongsian itu dibuat oleh @m0ng95 di laman TikTok, memaparkan perkara yang tidak dijangka menimpa wanita dan lelaki tersebut.

Pada awalnya, wanita itu dibawa oleh seorang lelaki menggunakan basikal sewa, menikmati angin kampung sambil lelaki itu mengayuh dengan keadaan santai.
Ketika melayani perasaan sambil muka ditampari angin sepoi-sepoi bahasa, mereka turut berbual kosong berkaitan dengan tempat itu.
“(Kayuh) sampai sana tak?
“Nak,” berikut antara perbualan yang dibualkan.
Tidak lama kemudian, keadaan tenang itu bertukar menjadi kelam-kabut apabila tayar basikal itu menjadi kemik, seperti dilanggar sesuatu.

Basikal itu kemudiannya ditarik, kemungkinan dalam perjalanan untuk dipulangkan ke pondok sewa.
Tayar basikal itu tidak lagi berpusing seperti mana pada awal kejadian.
Apa yang difikirkan oleh lelaki terbabit hanyalah kerosakan yang perlu dibayar olehnya ketika memulangkan basikal sewa itu.
Video berdurasi 24 saat itu memecahkan perut warga maya kerana tidak sangka kerosakan akan terjadi sehingga begitu sekali.
BACA: Dah Tiba Musimnya, Ini 10 Tips Pilih Durian Yang Wajib Anda Tahu
Reaksi warga maya
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komentar yang lucu dan membuat andaian mereka sendiri.

Antara yang menarik perhatian, apabila Ahmad Bujang mengatakan basikal tersebut terseliuh akibat daripada perjalanan mengelilingi kampung itu.
“Sampai terseliuh basikal itu. Kesian basikal itu,” katanya.
Manakala Fahmie, yang kelihatan ingin tahu berkenaan harga basikal tampi bertanyakan harga sewaan yang perlu dibayar oleh mereka.

Sesetengah mereka juga tidak dapat menahan ketawa dan meninggalkan emoji ketawa di ruangan komen.
Ramai yang terhibur melihat situasi tidak dijangka itu, dan sekiranya ingin melihat video tersebut, sila saksikan di bawah ini.
@m0ng95 Jarang xbuat hal.sorry cik😂