Siakap Keli
Ini Rekod Pencapaian Legenda Badminton Lee Chong Wei, Lin Dan & Taufik Hidayat
Kredit: BWF News

Dianggap Legenda Badminton, Ini Rekod Chong Wei, Lin Dan & Taufik Hidayat Menurut BWF

Dianggap Lagenda Badminton, Ini Rekod Chong Wei, Lin Dan & Taufik Hidayat Menurut BWF

Baru-baru, kita melihat kejayaan dua orang pemain badminton yang cukup hebat tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Badminton World Federation (BWF) baru-baru ini.

Melihat pencapaian tersebut, peminat badminton di seluruh dunia mula mengenang detik-detik keemasan atlet-atlet badminton terdahulu semasa sebelum persaraannya.

Antara nama yang dijulang, sudah semestinya legenda badminton tanah air iaitu Lee Chong Wei, pesaingnya dari China, Lin Dan serta Taufik Hidayat, pemain Indonesia.

Berikut adalah ringkasan bagi pencapaian atlet-atlet tersebut sepanjang berkecimpung dalam sukan badminton profesional.

1. Lee Chong Wei (MAS)

lee chong wei pencapaian
Kredit: BWF News

Lee Chong Wei merupakan pemain badminton profesional Malaysia yang memulakan karier bulu tangkisnya pada 2000 sehingga 2019.

Sepanjang kariernya, beliau telah menyertai kira-kira 217 kejohanan dan berjaya ke pentas akhir sebanyak 109 kali.

Dalam perjalanan kehidupannya sebagai jaguh badminton negara, Lee Chong Wei telah bermain sebanyak 864 perlawanan.

Beliau telah memenangi  705 perlawanan dan kalah dalam 159 perlawanan yang lain.

Anak jati Pulau Pinang ini berjaya meraih tiga pingat perak dari sukan Olimpik, empat perak dan satu gangsa dari BWF Championship.

Selain itu, beliau berjaya meraih sebanyak 68 gelaran serta memenangi wang kemenangan sebanyak kira-kira $1.85 juta (RM8.49 juta).

2. Lin Dan (CHN)

lin dan pencapaian
Kredit: BWF News

Seterusnya, kita berkenalan dengan satu-satunya ‘musuh ketat’ badminton bagi Lee Chong Wei iaitu, Lin Dan.

Lin Dan merupakan pemain badminton yang mewakili China dari 2000 ke 2020. Pemain kelahiran Fujian ini telah menyertai kira-kira 215 kejohanan dan tiba di pentas final sebanyak 94 kali.

Difahamkan, Lin Dan telah bermain sebanyak 804 perlawanan sepanjang kariernya sebagai seorang pemain badminton profesional. Daripada jumlah itu, Lin Dan muncul sebagai pemenang sebanyak 670 kali.

Lin Dan menjulang nama China apabila berjaya meraih dua pingat emas dari sukan Olimpik, lima emas dan dua perak dari BWF Championship.

Beliau berjaya meraih sebanyak 65 gelaran serta memperolehi wang saguhati berjumlah $1.04 juta (RM4.8 juta).

Jaguh China ini juga diiktiraf banyak pihak sebagai satu-satunya pemain yang mencapai taraf Super Grand Slam, gelaran tidak rasmi bagi pemain badminton yang berjaya memenangi 9 kejohanan utama.

Kejohanan tersebut adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Piala Dunia, Piala Thomas, Piala Sudirman, Super Series Master Final, Seluruh England, Sukan Asia dan Kejohanan Asia.

3. Taufik Hidayat (IND)

taufik hidayat pencapaian
Kredit: BWF News

Akhir sekali, kita akan menelusuri satu nama besar dalam sukan badminton dunia iaitu Taufik Hidayat. Beliau mula berkecimpung dalam sukan badminton bermula 1996 hingga 2013.

Pemain asal negara jiran, Indonesia ini telah menyertai kira-kira 156 kejohanan dan berjaya mara ke peringkat akhir sebanyak 40 kali.

Pengasas Taufik Hidayat Arena (THA) ini  telah bermain sebanyak 549 perlawanan sepanjang kehidupannya. Daripada jumlah itu, beliau menang sebanyak 411 kali.

Pemain Indonesia ini berjaya meraih pingat emas tunggal dari sukan Olimpik, satu emas, satu perak dan dua gangsa dari BWF Championship.

Dalam pada itu, beliau berjaya meraih sebanyak 22 gelaran serta mengutip wang kemenangan sebanyak $359,142 (RM1.64 juta).

BACA: Tak Tahu Siapa Nak Jawab Soalan, Gelagat Chong Wei ‘Osom’ Dengan Lin Dan Curi Tumpuan

Sumber: Badminton World Federation (Apps)

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma