Siakap Keli
Remaja Lemas Sungai Terengganu
Gambar: Bernama

Remaja Lelaki Hilang Di Sungai Terengganu Ditemukan Lemas

Remaja Lelaki Hilang Di Sungai Terengganu Ditemukan Lemas

KUALA BERANG, 4 Jun (Bernama) — Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari tadi.

BACA JUGA: Dua Kanak-Kanak Lemas, Seorang Lelaki Hilang Ketika Mandi Di Pantai Bagan Lalang

“Mayat ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui sungai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?