Siakap Keli
budak tidak siuman shahidan
Kredit: BERNAMA

‘Saya Minta Budak Tidak Siuman Hulu Langat Jangan Buat Macam Tu’ – Shahidan

‘Saya Minta Budak Tidak Siuman Hulu Langat Jangan Buat Macam Tu’ – Shahidan

Dewan Rakyat sekali lagi kecoh pada Selasa apabila ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan ahli Parlimen Hulu Langat sebagai ‘tidak siuman dan bangang’, lapor Awani.

Difahamkan ia terjadi selepas soalan berkaitan dakwaan Menteri Besar Kedah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dibincangkan.

Semasa Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjawab pertanyaan tersebut Mohd Sany Hamzan berkeras mengatakan dakwaan itu dikeluarkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah.

Kredit: Parlimen Malaysia/Youtube

“Saya minta budak tidak siuman Hulu Langat (YB) jangan buat macam itu.

“Budak tidak siuman, bangang,” katanya sambil menunjuk ke arah Sany.

Shahidan kemudiannya mengakui bahawa beliau melontarkan perkataan ‘bangang’ terhadap Sany.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, soalan tersebut tidak bercanggah dan menteri perlu menjawab pertanyaan itu.

Awang kemudian mengatakan ia tidak adil kerana dakwaan yang tidak dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dijadikan sebagai soalan pertama dalam Parlimen hari ini.

“Ini satu kenyataan yang menimbulkan satu suasana yang tidak sihat,” katanya.

“Dia (Menteri Besar Kedah) sebut Pendang. Dia memang sebut, Pendang tidak tengok TikTok ini, tiada Tiktok ke Pendang.

“Dia sebut benda itu. Dia kata Pulau Pinang milik Kedah,” kata Sany.

Sany kemudian meminta supaya Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah dan Sarawak juga milik Kedah.

Kenyataan itu membuatkan ramai bersuara dan dalam masa yang sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul meminta untuk semua berdiam seketika.

“Saya sudah check dalam Youtube, MB Kedah tidak sebut pindaan perlembagaan…” ujar Awang.

“Kalau tidak puas hati, tulis surat. Usul kepada saya.

“Hari ini saya meminta Perdana Menteri untuk jawab,” kata Johari.

BACA: Isu Sempadan Pulau Pinang-Kedah: Tindakan Akan Diambil Terhadap Penyebar Maklumat Palsu

Sanusi dakwa Pulau Pinang milik Kedah

Minggu lalu media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah hak milik negeri tersebut, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, negeri Jelapang Padi itu hanya mempunyai sempadan dengan negeri Perak dan Perlis.

“Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

“Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang itu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana (Balik Pulau), dengan Perak mungkin ada. (sempadan Kedah-Pulau Pinang) nak ukur kat mana, nak pakai warta nombor berapa,” ujarnya.

Saksikan video penuh di bawah ini pada minit 1:38:18 semasa Shahidan mengatakan perkataan ‘budak tidak siuman’.

 

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana