Siakap Keli
Apple Vision Pro
Gambar: Apple

Bernilai Lebih RM16,000, Apple Perkenal Vision Pro

Bernilai Lebih RM16,000, Apple Perkenal Vision Pro

CALIFORNIA —  Syarikat Peranti, Apple pada Isnin telah memperkenalkan produk terbaru mereka, Apple Vision Pro (set kepala) sewaktu Persidangan Pembangun Seluruh Dunia 2023 (WWDC2023).

Difahamkan peranti itu bakal dijual dengan tanda harga $3,499 (  RM16,109.40) dan merupakan produk terbaharu selepas Apple Watch sejak tahun 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, produk terbaru keluaran syarikat itu menandakan permulaan era baharu untuk sistem pengkomputeran.

“Sama seperti Mac, kami memperkenalkan kepada pengkomputeran peribadi dan iPhone sebagai peranti mudah alih.

“Apple Vision Pro kami memperkenalkan pengkomputeran spatial. Ia dibina berdasarkan inovasi Apple selama berdekad-dekad. Peranti ini tidak seperti produk kami ciptakan sebelum ini.

“Ia memberikan pengalaman yang luar biasa untuk pengguna kami dan menarik peluang baharu terhadap pembangun kami,” katanya.

Walau bagaimanapun, peranti ini dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Apple Vision Pro

Menurut portal The Verge, sistem pengendalian peranti ini tertumpu pada elemen digital dalam dunia sebenar dan menggunakan sistem VisionOS.

Sistem VisionOS ini juga menggunakan App Store sebagai gedung aplikasi bagi memuat turun pelbagai aplikasi berkaitan Vision Pro. Oleh itu, ia dapat berfungsi dan menjalankan aplikasi melebihi aplikasi iPhone dan iPad yang biasa.

Difahamkan, penggunaan set kepala ini adalah berdasarkan respon mata, tangan dan suara anda. Apple menjelaskan bahawa pengguna boleh melihat platform carian dan hanya bercakap dengan input teks.

Menariknya, sistem ini memaparkan resolusi yang memuatkan 23 juta piksel merentas dua paparan.

Tambah Apple, silikon Apple disesuaikan dalam reka bentuk dwi-cip yang unik untuk memastikan setiap pengalaman terasa seperti berlaku di hadapan mata pengguna.

Gambar: Apple

Visual Ikon Pada Dunia Sebenar 

Tambahan lagi, pengguna juga dapat melihat perkara seperti ikon yang terapung di ruang sebenar. Vision Pro turut didatangkan dengan ciri yang dikenali sebagai “EyeSight. Ia berkemampuan untuk memaparkan mata anda pada bahagian luar headset itu.

BACA JUGA: Dakwa Android Lebih Unggul Dari iPhone, Google Buat Papan Iklan Sindir Apple

Menerusi video demonstrasi yang dipaparkan oleh Apple mendedahkan aplikasi seperti Safari, Messages dan Apple Music berlegar-legar di atas meja dalam dunia sebenar.

Bukan sahaja itu, Apple memberitahu bahawa peranti itu mampu memaparkan papan kekunci pada ruang udara.

Gambar: Apple

Boleh Disambungkan Dari Mac

Apple juga mendakwa produk terbaharu mereka dapat menyambung paparan skrin yang terdapat pada Mac ke dalam headset tersebut.

Skrin Latar Belakang & Filem 3D

Gambar: Apple

Peranti ini juga boleh memaparkan skrin pada latar belakang lain, termasuk ruang seperti pawagam bahkan pengguna mampu menonton filem 3 dimensi (3D) pada Vision Pro.

Selain itu, ia juga dapat menyokong permainan apabila seseorang menggunakan peranti itu dengan set kepala PS5 DualSense.  Difahamkan lebih 100 tajuk Arked Apple akan tersedia, maklum Apple.

Kamera 3D 

Gambar: Apple

Vision Pro juga dilengkapi dengan kamera 3D. Pengguna dapat mengambil gambar dan video serta melihat menerusi peranti itu.

Apple Vision Pro
Gambar: Apple

Apple juga menjelaskan, pengguna yang memakai Vision Pro semasa panggilan FaceTime akan dicerminkan sebagai ‘Persona’.  Sistem ini berfungsi dengan mencerminkan pergerakan muka dan tangan dalam masa nyata.  Pengguna boleh melakukan perkara bersama-sama seperti menonton filem, menyemak imbas foto atau bekerjasama dalam pembentangan.

Sumber: Apple, The Verge

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.