Siakap Keli
Kredit: CNN

Dakwa Android Lebih Unggul Dari iPhone, Google Buat Papan Iklan Sindir Apple

Android Lebih Unggul Dari IPhone, Google Buat Papan Iklan Untuk Menyindir Apple

Google baru-baru ini sekali lagi mengusik Apple menerusi iklan terbaharunya apabila memasang billbord besar berkenaan aplikasi iMessage yang ditawarkan oleh pesaingnya itu.

Biarpun pengguna Andorid dan juga iOS diketahui seringkali berhujah mempertahan kelebihan ekosistem yang menjadi pilihan masing-masing, namun ia biasanya jarang-jarang sekali untuk kita dapat melihat syarikat mengambil tindakan yang sama, lebih-lebih lagi menerusi iklan.

@uptin

First time I’ve even seen an ad for android and it’s going all out

♬ Funny Song – Cavendish Music

 

Tahun lepas, Google telah melancarkan kempen ‘Dapatkan Mesej’ yang disasarkan kepada Apple dan ‘megkritik’ mengenai kekurangan iMessage ketika berhubung dengan telefon bimbit menggunakan ekosistem berbeza.

Dalam iklan itu, Google berketa Apple tidak perlu bersusah payah untuk menyelesaikan masalah kualiti pixel gambar dan video yang menurun apabila dihantar merentasi ekosistem menggunakan iMessage, sebaliknya mereka hanya perlu mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google sahaja.

“Hei Apple, ini ialah Android. Memandangkan CES adalah mengenai perkongsian teknologi terkini, kami fikir kami akan berkongsi beberapa kod pengatucaraan untuk membantu menyelesaikan isu pixel anda.”

Billboard itu kemudianya menayangkan keseluruhan muatan kod yang dikatakan oleh Google dapat ‘membantu’ menaik taraf perkhidmatan iMessage sebelum ditamatkan dengan pesanan #AppleGetTheMessage.

Rata-rata netizen merasa terhibur dengan iklan google yang menyindir Apple dengan sistem mereka. Namun, yang lain tertanya-tanya mengapa syarikat itu perlu bersusah payah untuk menyelesaikan masalah tersebut sedangkan terdapat platform pemesejan lain seperti WhatsApp berfungsi dengan baik sebagai alternatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook sebelum ini berkata mereka tidak perlu membuat perubahan itu kerana ramai yang memilih untuk menggunakan Iphone dan sesiapa yang merasa sukar untuk menghantar pesanan merentasi ekosistem, dapatkan saja sebuah Iphone.

Sumber: Unilad

Shafikah