Ultras Napoli Pulangkan “Steering” Kereta Pengurus Kelab Yang Dicuri Sebagai Hadiah Perpisahan
Peminat tegar kelab bola sepak Napoli dilaporkan telah memberikan hadiah kepada pengurus kelab itu iaitu Luciano dengan memulangkan semula stereng yang dicuri mereka pada dua tahun yang lalu, lapor The Sun.
Pengurus Itali itu dilaporkan bakal meninggalkan pasukan tersebut selepas berjaya membawa kelab itu menjulang kejuaraan Serie A selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1990.
Napoli berjaya merangkul kejuaraan liga di ikuti kelab Lazio dibelakang dengan ketinggalan sebanyak 16 mata.
Selepas berjaya menjulang trofi, Spalletti dilaporkan akan meninggalkan jawatannya sebagai pengurus dan bercuti sabatikal.
Pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis mengesahkan bahawa pengunduran pengurus berusia 64 tahun itu telah disahkan olehnya. Ini kerana Spalletti telah memohon untuk berehat dan permintaannya itu tidak mampu ditolak oleh kelab.
Walaupun Spalletti masih mempunyai baki kontrak setahun lagi bersama Napoli, perkara itu tetap akan berlaku dan tidak dapat dielakkan.
Hadiah perpisahan yang unik daripada peminat kelab
Sementara itu, peminat kelab masih meneruskan sokongan mereka terhadap pengurus Itali itu, malah mereka sempat memberinya hadiah perpisahan.
Penyokong Ultras kelab tersebut telah menghadiahkan Spalletti hadiah berupa stereng kereta jenis Fiat Panda dan CD hasil yang dicuri pada 2021 lalu.

Kumpulan itu telah mencuri dua barangan tersebut daripada kereta pengurus berkenaan pada Oktober 2021 lalu semasa beliau mula-mula tiba di kelab terbabit.
Kelab peminat itu berjanji bahawa Spalletti akan mendapatkan semula barangan tersebut apabila sampai waktunya dia meninggalkan kelab tersebut.
Tujuan peminat tersebut membuat perjanjian itu pada Oktover 2021 difahamkan adalah untuk mendesak supaya Spalletti meletakkan jawatannya gara-gara permulaannya bersama kelab itu tidak begitu baik.

Kini mereka menepati janji itu dan memberikan semula barangan tersebut sebagai tanda hadiah perpisahan kepada Spalletti.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Momen yang dirakam itu menunjukkan Spalletti membuka hadiah itu dan mendedahkan hadiah tersebut. Perasaan gembira jelas terpancar di wajah Spalletti yang menerima hadiah berkenaan.
Menerusi rakaman itu lagi, terdapat beberapa ultras di belakang turut memegang sepanduk yang sama mereka pernah paparkan pada 2021 yang lalu.
“Spalletti, Panda anda akan diberikan semula, sewaktu anda mahu pergi!” tulis sepanduk itu.
Ultras itu kemudiannya memeluk erat pengurus itu sebelum menanggalkan topeng muka mereka.
As a parting gift to their manager, Napoli ultras gifted Luciano Spalletti his steering wheel and CD’s they stole from his beloved Fiat Panda during protests in 2021 😂🚗 pic.twitter.com/gUOX9JFvu1
— SPORTbible (@sportbible) June 6, 2023
Sumber: The Sun