Sheikh Muzaphar Tawar Program Kedoktoran Kepada Lepasan SPM 2022
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dengan kerjasama bersama Yayasan Angkasawan Negara, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Manipal University College Malaysia (MUCM) hari ini telah menawarkan Program Perubatan dan Pergigian (MBBS/BDS) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2022.
Dalam perkongsian di Instagram, beliau menyatakan program itu bertujuan untuk membantu para pelajar yang mempunyai impian untuk menjadi doktor perubatan atau pergigian.
Menurutnya, pemohon perlulah sekurang-kurangnya B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu subjek lain dalam keputusan percubaan SPM.

“Semasa di peringkat Asasi Sains (FIS) peserta akan dibiayai dan ditaja sepenuhnya termasuk hostel dan yuran pengajian.
“Peserta hanya perlu menyediakan perbelanjaan peribadi diperingkat FIS,” kata kenyataan yang dikongsi Sheikh Muszaphar di Instagram pada Khamis.
Dalam pada itu, ia turut menyatakan jaminan tempat dan pembiayaan kerajaan diperingkat MBBS/BDS dan elaun sara hidup apabila pelajar mendapat keputusan lulus minimum CGPA 3.0 diperingkat Asasi Sains (Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik).
“Institusi pengajian yang ditetapkan adalah di MUCM Melaka,” ujarnya.
Para pelajar boleh menghantarkan permohonan iaitu slip SPM dalam PDF melalui aplikasi WhatsApp pada nombor 012-8955121 (Encik Sham).
Kongsi perjalanan selepas SPM
Sheikh Muszaphar turut mengambil peluang menceritakan pengalaman beliau semasa menerima keputusan SPM pada tahun 1989.
Katanya, beliau terlampau takut untuk melihat keputusan tersebut sehingga bapanya terpaksa mengambilkan untuknya.
“(Keputusan) tidak cukup cemerlang untuk belajar perubatan di United Kingdom, yang merupakan impian saya.
“Tetapi cukup baik untuk mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat A-level dan Ijazah MBBS di Manipal India,” tambahnya.
Jelas beliau, perubatan adalah antara pekerjaan yang baik kerana ia mengajar mengenai kehidupan.
“Perubatan adalah profesion terbaik. Ia mengajar anda mengenai kemanusiaan, keberanian, kehormatan, rendah hati, empati dan belas kasihan.
“Sifat tersebut menyumbang kepada pembentukan doktor yang baik.
“Seorang doktor dalam setiap keluarga, satu keluarga profesional. Itulah impian saya untuk negara,” katanya.
View this post on Instagram
Sumber: @drsheikhmuszaphar/Instagram
BACA: Nyanyian Runtun Hati Ramai, Putri Ariani Raih “Golden Buzzer” Di AGT