Siakap Keli
Kredit TikTok via @noorhabibimamat

Berkorban Jaga Mak Sakit, Cikgu Hantar Keputusan SPM 11A Ke Rumah

Berkorban Jaga Mak Sakit, Pelajar Ini Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 11A

Pengumuman keputusan SPM 2022 pada semalam bersamaan 8 Jun telah menyaksikan ramai yang berkongsikan keputusan cemerlang masing-masing.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) keputusan SPM pada tahun 2022 telah menunjukkan prestasi meningkat dan memberangsangkan.

Selain menunjukkan prestasi meningkat, calon yang layak menerima sijil SPM pada tahun lalu turut menunjukkan peningkatan.

Rata-rata perkongsian di media sosial menunjukkan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh pelajar SPM 2022. Tidak kira pelajar itu sendiri, atau waris dan ibu bapa pelajar, semua tidak melepaskan peluang berkongsikan detik tersebut.

Namun berbeza dengan salah seorang pelajar cemerlang dari sekolah SM(A) Darul Iman Beris Lalang. Di mana wakil sekolah sendiri yang hadir ke rumahnya untuk memberikan slip keputusan cemerlang 11A yang diperolehinya.

Pelajar itu merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Agama yang terletak di Bachok, Kelantan.

Perkara menyentuh hati itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama @noorhabibimamat.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pelajar lelaki itu telah memperoleh keputusan cemerlang 11A namun tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibu yang sakit.

Mak terlantar di atas katil menghidap kanser tahap 4

Tambahnya,ibu pelajar terbabit dipercayai menghidap kanser tahap empat dan tidak mampu untuk bergerak hanya terbaring di atas katil. Ayah pelajar lelaki tersebut juga dikatakan telah meninggal dunia.

Selain itu, menurut guru sekolah berkenaan, pelajar tersebut merupakan seorang pelajar dan anak yang baik. Setiap pagi, sebelum ke sekolah pelajar lelaki itu akan memandikan dan menguruskan ibunya yang sakit terlebih dahulu.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

Justeru, berkat pengorbanan pelajat tersebut, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk hadir ke rumahnya bagi meraikan keputusan cemerlang pelajar tersebut.

Selain slip keputusan, wakil guru juga dilihat membawa cenderamata yang akan diberikan kepada pelajar terbabit.

” Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Siapa nama pelajar dan mata pelajaran apa yang diperolehi A masih tidak diketahui ekoran kekurangan maklumat lengkap daripada perkongsian muat naik tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Sehingga kini, perkongsian muat naik tersebut telah dibanjir dengan pelbagai komen positif yang mendoakan pelajar terbabit. Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang lain ialah:

“Allahu! hebatnya awk dik, cemerlang akhlak, cemerlang akademik. Tahniah,” tulis seorang netizen yang memuji dan mengucapkan tahniah.

“Dah la pandai, baik pula tu. Semoga awak berjaya di dunia dan akhirat dik. Semoga Allah akan mudahkan segala urusan mu dik. Insha Allah .. Aamiin,” tulis seorang lagi mendoakan pelajar tersebut.

“Ini yg paling sebak.Anak yg baik bijak, bertanggungja wab.Semoga menjadi insan yg berjaya didunia dan diakhirat,” tulis seorang lagi netizen.

@noorhabibimamat

Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang..mendapat straight A’s dlm keputusan peperiksaan SPM pada hari ini..tidak bersama kawan2 menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yg sakit..kanser tahap 4..ayah sudah meninggal dunia..anak yg cukup baik..menurut guru nya sblm ke sekolah beliau akan memandikan ibu nya terlebih dahulu..saban pagi🥹..dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau..Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti.. #sekadarperkongsianbersama❤❤ #spm2022

♬ original sound – Noorhabibimamat – Noorhabibimamat

Tahniah buat semua pelajar SPM 2022.

Sumber: TikTok via @noorhabibimamat

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka