Siakap Keli
restoran sushi saman remaja
Sumber: The Sun

Restoran Sushi Saman Remaja RM2.2 Juta, Gara-gara Jilat Botol Kicap Soya

Restoran Sushi Saman Remaja RM2.2 Juta, Gara-gara Jilat Botol Kicap Soya

Rangkaian restoran sushi terkenal di Jepun dilapor telah menfailkan saman berjumlah RM 2.2 juta terhadap seorang remaja lelaki, lapor South China Morning Post (SCMP).

Saman itu buat selepas tindakan remaja tersebut menjilat botol sos soya di salah satu rangkaian restorannya.

Menurut SCMP, saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Osaka pada 22 Mac lalu. Bagaimanapun butiran berkenaan kes berkenaan hanya didedahkan pada bulan ini.

Restoran sushi nekad saman remaja jilat botol kicap soya

Menerusi aduan yang difailkan, budak lelaki itu didakwa menjilat botol kicap soya yang terbuka dan cawan teh yang tidak digunakan. Dia kemudiannya menyentuh pinggan sushi dengan jari yang dibasahi dengan air liurnya.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di wilayah Gifu pada Januari lepas dimana sebuah video yang merakam tindakan remaja tersebut bersama rakannya tular di media sosial pada 29 Januari.

Dalam laporan SCMP, remaja berkenaan mendakwa tindakan tersebut hanyalah sekadar gurauan. Manakala rakannya yang merakam insiden berkenaan tidak berniat menyebarkannya kepada pihak ketiga sehingga menjadi tular di media sosial.

Selepas video tersebut dimuatnaik ke media sosial, bilangan pelanggan rangkaian restoran sushi tersebut didakwa mengalami kejatuhan yang mendadak.

Restoran berkenaan juga mendakwa video itu menyebabkan modal pasaran syarikat induknya rugi lebih daripada 16 bilion Yen (RM 529.738 juta) dalam tempoh satu hari.

Selain itu, mereka juga terpaksa memasang penghadang plastik di lebih 600 outletnya di Jepun, melibatkan kos sebanyak 90 juta Yen (RM 2.9 juta).

Restoran itu mendakwa, mereka boleh menuntut pampasan yang lebih tinggi sekiranya kos tersebut diambil kira.

Remaja tersebut dilapor mengaku bersalah, namun peguam belanya mempertahankan rakaman itu diambil bertujuan untuk dikongsikan bersama rakan-rakannya sahaja.

Mereka juga mendakwa tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan penularan video tersebut dengan kejatuhan mendadak bilangan pelanggan restoran berkenaan.

Terdahulu, insiden berkenaan turut menggemparkan negara Matahari Terbit dan sehingga istilah ‘pengganas sushi’ menjadi bualan ramai. Istilah berkenaan dipercayai merujuk kepada sikap pengotor seseorang individu ketika berada di restoran sushi.

BACA: Iman Troye Nak Beri RM300 Untuk Pelajar SPM Terpilih, Result Naik Gred Dari G Ke A

Sumber: SCMP

Mohd Raimi Ismail

peace on earth