Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Putrajaya, 8 Jun 2023 – Running Lab, kedai khusus dan peruncit eksklusif bagi jenama kasut larian terkemuka di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan ketiganya. Terletak di IOI City Mall Putrajaya, kedai baharu ini akan menampilkan pelbagai peralatan larian dan aksesori daripada On, OOFOS, HOKA, Asics, New Balance, dan Saucony.
Sebagai jenama yang dipercayai dalam komuniti larian, Running Lab telah menyediakan produk berkualiti tinggi lagi canggih khas buat peminat sukan selama lebih sedekad. Pembukaan cawangan ketiga Running Lab ini membuktikan komitmen syarikat tersebut untuk membantu pelari mencapai matlamat dan merealisasikan potensi mereka.
“Kami sangat teruja dengan pembukaan cawangan ketiga kami di Malaysia. IOI City Mall Putrajaya sebagai lokasi terbaharu kedai kami merupakan pilihan yang terbaik terutamanya kerana Putrajaya merupakan kawasan yang terkenal dengan taman rekreasi yang indah dan tempat berjoging yang sering dijadikan lokasi untuk acara larian,” kata Walter Tan, Pengarah Urusan Running Lab.

Cawangan baharu ini menampilkan pakaian dan kasut larian terkini daripada jenama terbaik dalam industri, dan pasukan pakar Running Lab sedia membantu para pelari mendapatkan keperluan yang bersesuaian.
Pelari boleh mengharapkan yang terbaik daripada pilihan produk terkini yang dilengkapi dengan teknologi termaju dan dipatenkan. Pilihan produk berjenama termasuk kasut larian ON CLOUDMONSTER dan HOKA CLIFTON 9; kasut pemulihan OOFOS OORIGINAL SPORTS AZUL, dan banyak lagi.
Di samping pelbagai seleksi produk, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Running Lab di cawangan mereka ialah Gait Analysis yang merupakan perkhidmatan percuma bagi penyesuaian saiz kasut untuk membantu pelari menentukan jenis dan saiz kasut yang paling optimum berdasarkan rutin dan gaya larian mereka. Perkhidmatan istimewa ini telah menjadikan Running Lab sebagai destinasi pilihan bagi pelari yang ingin meningkatkan prestasi mereka sambil mengurangkan risiko kecederaan.
Kini dibuka secara rasmi, waktu operasi cawangan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
L1-07, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Facebook: Running Lab Malaysia Instagram: @runninglabmy