Siakap Keli
Intan serah New York Dutch Lions
Kredit: Instagram

Intan Serah Sertai New York Dutch Lions FC, “Player” Wanita Pertama Beraksi Di Amerika

Pemain Bola Sepak Wanita Malaysia, Intan Serah Sertai New York Dutch Lions FC

Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah mengesahkan telah menerima lamaran daripada sebuah kelab bola sepak yang bertempat di New York, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

New York Dutch Lions FC (NYDLFC) turut memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran Instagram bersama Intan Serah pada Isnin, semalam.

NYDLFC adalah kelab yang bersaing dalam Liga Bola Sepak Premier Wanita (WPSL) di negara Uncle Sam itu.

Berdasarkan hantaran tersebut, NYDLFC mengumumkan Intan telah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan bola berkenaan.

“Terdapat sedikit kelewatan kerana pemain ini perlu mendapatkan visanya terlebih dahulu daripada pihak kedutaan.

“Namun begitu, semuanya telah berjaya diselesaikan dan beliau boleh memulakan perjalanannya bersama kami! Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk bersama anda, Intan!” tulis kenyataan dalam hantaran berkenaan.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian warga maya apabila ia berjaya meraih 13,415 likes dan komen-komen dari pengguna lain.

Rata-rata, ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaannya untuk melebarkan sayap ke luar negara.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by New York Dutch Lions FC (@nydlfc)

Rakan-rakan dari industri seni turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Intan Serah menerusi ruaangan komen.

Penyanyi wanita Malaysia, Yuna dan pelakon, Haris Annuar antara pihak artis yang memeriahkan ruangan komen hantaran terbabit.

“YES YES YES!! (YA YA YA!!),” komen yuna.
“Weyhhh Congrats intan. (Weyhh,tahniah Intan).” tulis pelakon lelaki berkenaan menerusi hantaran Instagram.

Intan Serah, pemain bola sepak yang serba boleh

Intan Serah atau nama sebenarnya, Intan Sarah Anisah binti Zulgafli merupakan satu sosok yang tidak asing lagi dalam sukan bola sepak dan futsal wanita di Malaysia.

Wanita berusia 24 tahun ini menjadi satu aset penting dalam pasukan futsal wanita kebangsaan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatannya dalam Sukan SEA Vietnam tahun lalu. Dalam kempen di kejohanan tersebut, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan negara.

Selain itu, Intan juga seorang insan yang serba boleh kerana terlibat dalam beberapa bidang yang berbeza daripada dunia sukan.

Beliau pernah membintangi filem komedi Gol & Gincu Vol.2 (2018) serta menyanyikan lagu ‘Hari-hariku’ bersama Aizat Amdan dan Annabel Michael.

Bukan itu sahaja, beliau turut terlibat dalam bidang peragaan (modelling) dan aktif dalam aktiviti penstriman.

BACA: “Pokok Tepi Jalan Je”, Wanita Dedah Cara Buat Pen Khat Dari Pokok Resam

Sumber: nydlfc & intanserah via Instagram, Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma